Label

32 HARI LEWAT HAID (SAKIT PUAN)

SAYA lewat didatangi haid hampir sebulan. Setiap kali datang haid, saya sentiasa mencatatnya di kalendar. Haid saya tidak teratur tetapi tidak pernah pula lewat lebih daripada seminggu. Sehingga hari ini saya lewat 32 hari.

Saya sudah membuat ujian kehamilan di rumah selepas lewat 10 hari dan hasilnya negatif. Saya ulang ujian selepas 20 hari tetapi masih negatif.

Saya terfikir mungkin saya agak tertekan dengan suasana kerja dan aktiviti yang memenatkan sehingga mengganggu kitaran haid saya.

Namun baru-baru ini, saya mengalami kegatalan pada bahagian perut, pinggang dan belakang selepas pulang dari seminar di Langkawi. Ia seperti ruam, sedikit berair dan kemerahan. Di sana saya banyak aktiviti dan menginap di hotel. Badan saya keletihan.

Saya juga ada mengambil ubat untuk menguruskan badan seperti minuman serat. Pada pandangan doktor, apa punca kelewatan haid saya? Adakah kelewatan haid boleh menyebabkan badan ditumbuhi ruam?

Adakah saya mengandung tetapi tidak dapat dipastikan dengan UPT?

Jamilah
Ipoh, Perak

ADAKAH
anda mengalami tanda awal kehamilan yang lain seperti payudara menjadi tegang, puting payudara menjadi sensitif atau sakit terhadap sentuhan, loya, muntah dan seumpamanya? Sekiranya anda masih was-was, anda bolehlah memastikan secara ujian darah hormon kehamilan (BhCG) yang lebih tepat, keputusannya boleh diketahui dalam masa dua hingga tiga jam saja.

Jika anda tidak hamil, kemungkinan kelewatan haid anda disebabkan oleh gangguan hormon akibat ketiadaan pengeluaran telur dalam kitaran haid. Ujian darah hormon progesteron boleh menyokong telahan ini.

Ruam yang anda alami pula mungkin tiada kaitan dengan gangguan haid anda. Ruam badan mungkin salah satu sindrom sebelum haid (PMS) akibat hormon progesteron yang banyak selepas tempoh kesuburan tetapi anda tidak pula mengalaminya sebelum ini.

Ujian UPT lazimnya positif selepas tiga minggu ovulasi. Sekiranya ovulasi anda berlaku lebih lewat daripada itu, ujian UPT masih boleh negatif. Justeru anda boleh mengulangi ujian ini setiap minggu. Namun, lebih praktikal sekiranya anda melakukan ujian darah BhCG kerana ia sepatutnya dapat mengesahkan kehamilan dengan lebih awal iaitu dalam masa 12 hari selepas ovulasi.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

3 ulasan:

  1. Salam doc..sya dah lewat 21 hari..sya bwt upt dlm 1 minggu kelewatan hasilnya keluar 2 line Tpi samar2 je..sya ulangi lg minggu ke dua Tpi upt negatif..sya x tau sya hamil ke x.sye x perna lewat seperti ini..paling lewat pon 3hari..paling lama pun 4 hari..

    BalasPadam
  2. sy sudah lewat datang period 33hari...adakah saya mengandung

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum doc, sy nak tnya
    Sy dh 33hari lewat dtg haid,
    Adakah sy mengandung???

    BalasPadam