Label

PENDARAHAN SELEPAS HAID (SAKIT PUAN)

Soalan

Salam doktor, saya ingin bertanyakan satu soalan. Saya adalah seorang pelajar luar negara. Saya mengalami pendarahan selepas haid hampir setiap bulan semenjak lima tahun yang lalu. Kebaisaannya pendarahan itu berlaku dalam tempoh dua tiga hari selepas saya habis haid dan belanjutan sehingga 5-7 hari. Saya sudah berjumpa doktor di negara yang saya belajar tetapi hanya mentertawakan saya dan katanya itu hanya ovulation spotting. Tetapi apa yang merungsingkan saya ialah cecair yang keluar itu agak lama, kadang-kadang berwaran hitam dan keluar dengan cecair seperti air kencing, kadang kala ia keluar bersama-sama dengann lendir yang terdapat darah tetapi tidak begitu banyak, cukup sekadar sya memakai pantyliner. Mohon penjelasan doktor. Pada kebiasaannya, tempoh haid adalah antara tiga hingga lima hari.

Jawapan

Pendarahan selepas haid bermakna berlaku pendarahan keluar dari faraj selepas kitaran haid seorang wanita berakhir. Pendarahan haid dalam kitaran haid yang normal perlu berakhir kerana bagi akan memulakan proses reproduktif yang baru.

Walau bagaimanapun pendarahan selepas haid membuatkan wanita menjadi bimbang, dan berfikir mungkin ada sesuatu yang tidak kena pada sistem badan mereka.

Hal ini sebenarnya disebabkan uterus masih mengeluarkan baki aliran darah haid dari badan, yang tidak habis semasa kitaran kitaran yang normal.

Biasanya pendarahan ini akan disedari semasa wanita membersihkan bahagian sulit mereka. Warna darah biasanya adalah merah cair atau mungkin juga coklat pekat pada keadaan tertentu.

Doktor akan memberitahu anda, jika pendarahan ini berlaku hanya untuk sehari atau dua hari, maka tiada apa yang perlu dibimbangkan.

Tetapi, jika pendarahan ini berlaku setiap kali selepas haid untuk tempoh melebihi seminggu, perlu mendapatkan nasihat doktor secepat mungkin.

Mengapa berlaku pendarahan selepas tempoh haid? Hal ini berlaku biasanya seminggu selepas tempoh haid, darah yang keluar berwarna coklat, mungkin disebabkan uterus tidak mengeluarkan semua tisu menstrual semasa tempoh pendarahan haid.

Tisu menstrual adalah tisu endometrium pada dinding rahim menstrual yang akan keluar sebagai darah haid apabila sampai tempoh pendarahan haid.

Oleh sebab kerana lebihan tisu atau darah haid ini tidak dikeluarkan secara sempurna, maka bakinya akan  dikeluarkan dalam masa tempoh seminggu atau dua minggu selepas tempoh haid berakhir.

Jika situasi ini tidak berlaku setiap bulan dan hanya sedikit pendarahan yang berlaku, tiada apa yang perlu dirisaukan.

Tetapi jika situasi ini kerap berlaku dan pendarahan yang dialami pula banyak, maka pemeriksaan yang lebih teliti harus dijalankan.

Pendarahan selepas haid mungkin juga berlaku atas faktor-faktor lain, seperti perubahan hormon secara tiba-tiba pertambahan berat badan, bebanan tekanan emosi dan fizikal atau mula mengalami masalah yang lebih berat melibatkan kelenjar ovari.

Selain itu pengambilan ubat-ubatan juga boleh memberi kesan pendarahan selepas haid. Masalah kesihatan seperti diabetes, kanser dan tiroid juga boleh menjadi punca untuk hal ini berlaku.

Pengambilan ubat atau suntikan pencegahan kehamilan dan juga wanita yang berhenti mengambil ubat tersebut secara tiba-tiba juga menyebabkan hal yang sama.

Remaja yang mengalami situasi ini biasanya disebabkan oleh kitaran haid mereka yang belum stabil akibat kelenjar ovari yang belum matang.

Akhir sekali, pendarahan selepas haid ini juga mungkin disebabkan kehadiran ketumbuhan fibroid dalam rahim. Walaupun ketumbuhan fibroid ini tidak merbahaya, ia patut dibuang segera sebelum ia membesar dan mengganggu rutin seharian seorang wanita.

Oleh itu dapatkan nasihat doktor dan lakukan pemeriksaan jika pertama, berlaku aliran darah yang berwarna merah cair yang banyak bila haid berakhir. Kedua, apabila pendarahan berlaku berserta dengan sakit pada pelvik, sama ada sakit biasa mahupun kesakitan yang kuat dan yang terakhir pendarahan berlaku selepas melakukakan melakukan hubungan intim bersama suami.

(Sumber Internet)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan