Label

TIGA TAHUN TIADA ANAK (SAKIT PUAN)


SAYA sudah berkahwin selama tiga tahun dan masih belum menimang cahaya mata.

Saya juga tidak pernah mengambil sebarang pil perancang. Kadangkala selepas melakukan hubungan intim dengan suami, saya dapati terdapat sedikit pendarahan di bahagian alat sulit tetapi saya tidak merasakan sebarang sakit.

Mengapa keadaan ini berlaku? Adakah keadaan ini juga punca saya sukar hamil?

Hadila
Kuala Lumpur

ELOKLAH anda menjalani pemeriksaan doktor terlebih dahulu. Pendarahan selepas hubungan seks mungkin lebih disebabkan oleh keadaan atau penyakit pada serviks (pangkal rahim) atau faraj.

Pemeriksaan mudah menggunakan alat spekulum membolehkan doktor melihat ke seluruh permukaan faraj dan ekto-serviks jika terdapat punca atau kawasan pendarahan itu yang boleh disebabkan oleh jangkitan kuman berterusan, keadaan ektropion serviks, ulser ketumbuhan dan seumpamanya.

Pada masa sama, doktor anda boleh melakukan pemeriksaan kesuburan. Ini termasuk pertanyaan berkaitan, pemeriksaan seperti pemeriksaan rahim dan ovari menggunakan kaedah ultrabunyi trans-vaginal, pemeriksaan tiub fallopio menggunakan kaedah sinaran-X (HSG) atau lebih lengkap lagi secara pembedahan laparoskopi serta ujian air mani suami anda.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan