Saya anak ketiga daripada tujuh beradik. Berbanding kakak, abang serta adik saya, rupa saya jauh berbeza dengan mereka.
Mereka putih, tinggi dan cantik manakala saya gelap, pendek dan gempal. Rakan saya sendiri pernah mengejek saya anak angkat disebabkan rupa saya.
Saya pernah meluahkan hal itu kepada ibu tetapi bukan jawapan diperoleh sebaliknya bebelan yang diterima.
Wajarkah saya mendesak ibu terus memberi jawapan kepada rupa saya yang berlainan itu?
ERIK
Arau, Perlis.
Tidak salah menagih jawapan tetapi perlulah menggunakan cara yang betul.
Tambah pula isu ini sensitif, menangani cara itu dengan mendesak ibu, tentu saja melukakan hatinya.
Pendekatan baik ialah luahkan situasi yang sering saudari hadapi apabila ditempelak rakan disebabkan rupa berbeza.
Mungkin ibu akan menerangkan punca mengapa paras saudari berbeza dengan adik-beradik lain.
Tidak semestinya saudari anak angkat, ada kalanya rupa itu diwarisi oleh generasi lain seperti datuk, nenek atau moyang sebelah ibu atau bapa.
(Sumber Harian Metro)
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Tiada ulasan:
Catat Ulasan