Saya lelaki yang sangat mementingkan penampilan sehingga menimbulkan rasa kurang senang pasangan. Saya bekerja sebagai eksekutif syarikat swasta manakala pasangan saya penjawat awam.
Pasangan saya empat tahun lebih tua dan mempunyai penampilan serta rupa biasa. Berbeza dengan saya yang gemar berfesyen dan sangat teliti sehingga ditegur pasangan.
Hujung bulan lalu, pasangan saya meluahkan rasa tidak selesa dan rendah diri kerana perbezaan umur serta penampilan saya yang menarik.
Saya memujuknya dan meminta dia membuat perubahan hinggalah baru-baru ini dia menghantar SMS ingin memutuskan hubungan.
Puas saya memujuk tetapi isu sama membuatkan dia jauh hati dan berasa terancam. Tambah pula rakan perempuan sepejabat pernah membuat pengakuan kepadanya yang dia sangat menyukai saya, membuatkan dia tertekan.
Sedangkan saya tidak menyukai rakan sepejabat itu. Perlukah saya terus memujuk pasangan mahupun berputus asa dengan hubungan cinta tidak kesampaian ini?
ZEK
Keramat, Kuala Lumpur
Tepuk dada tanya iman, sejauh mana saudara boleh bersabar dengan situasi berkenaan.
Adakah saudara berasa dia pasangan terbaik dan memenuhi ciri calon suri diinginkan? Semua itu bergantung kepada saudara.
Asasnya mudah, dalam hubungan perlu ada kepercayaan dan berterus-terang apabila menyedari adanya ancaman.
Tunjukkan kesungguhan saudara tidak berputus asa supaya keikhlasan terpamer pada tingkah saudara. Maklumlah, pasangan sedia ada berasa ‘tewas’ dengan pesaingnya, menyebabkan dia mahukan sokongan lebih daripada saudara.
Andai saudara sayangkan pasangan, suburkan kembali kepercayaan dalam hubungan cinta itu.
Kerap berhubung dan sering meluangkan masa berkualiti serta membincangkan perancangan masa depan petanda saudara serius terhadapnya. Mungkin ini membantu memulihkan kembali ‘kedinginan’ dalam hubungan cinta saudara dengannya.
(Sumber Harian Metro)
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Tiada ulasan:
Catat Ulasan