Label

RISAU KEKASIH TUA 15 TAHUN TAK DITERIMA (DANG SETIA)

Saya gadis berusia 25 tahun dan bekerja. Saya berkawan dengan lelaki berusia 15 tahun lebih tua. Kami merancang untuk berkahwin.

Masalah saya ialah memberitahu keluarga yang kami berkawan rapat dan ingin berkahwin. Saya takut mereka tidak setuju dan enggan menerima lelaki itu.

Walhal, hakikatnya mereka lebih kenal hati budi lelaki itu kerana kami sekampung. Bagaimana saya ingin terangkan keadaan sebenar pada keluarga saya dan hasrat kami untuk mendirikan rumah tangga?

MIZA
Seremban, Negeri Sembilan

Benda baik jangan disimpan kerana akan mempengaruhi hubungan saudari dan kekasih. Terus menyimpan dan menjalin hubungan kekasih secara senyap sebenarnya memberi tekanan pada diri kerana dihantui kebimbangan penolakan ibu bapa.

Sebaik-baiknya, saudari usulkan mengenai perancangan ingin menamatkan hubungan dengan kekasih hati kepada ibu bapa. Elak membayangkan kemungkinan buruk sebelum sempat menyampaikan hasrat ingin menamatkan perkahwinan dengan pasangan lebih berusia.

Kuatkan diri serta tanamkan keyakinan ketika bersemuka dengan ibu bapa. Andainya saudari berterus terang, Dang Setia berasa ibu bapa dapat memahami dan menerima pasangan saudari.

Namun, sikap saudari yang takut dan gemar menyembunyikan hubungan bakal menimbulkan salah faham sebaik perkara itu sampai ke pendengaran mereka daripada orang lain.

Tenang serta cari waktu yang sesuai supaya wujud ruang lebih harmoni. Insya-Allah, ibu bapa saudari akan akur dengan permintaan saudari.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan