Label

21 TAHUN KAHWIN BELUM HAMIL (SAKIT PUAN)

Saya berusia 41 tahun dan berkahwin ketika berusia 20 tahun hingga sekarang tidak pernah hamil.

Dalam tempoh tiga tahun pertama, saya pernah membuat rujukan pakar sakit puan tetapi dia menyatakan tiada masalah. Selepas lima tahun, saya rujuk semula ke hospital dan didapati sebelah kiri peranakan saya tersumbat manakala peratus kepekatan sperma suami saya terlalu pekat dan air mani suami terlalu cair.

Saya dan suami diberi ubat kesuburan namun hingga kini tiada sebarang hasil walaupun susulan dibuat setiap tiga bulan sekali di hospital.

Mengenai bahagian peranakan yang tersumbat itu, tiada tindakan dilakukan. Masalahnya kini, saya sering sakit kepala yang amat sangat semasa dua hingga tiga hari hendak didatangi haid. Saya demam sakit kepala dan terpaksa menelan pil.

Adakah ini disebabkan faktor umur atau ada kaitan dengan masalah kesihatan? Apakah yang harus saya lakukan? Di manakah saya boleh merujuk dengan kos yang berpatutan?

Mastika,
Kuala Lumpur.

Dengan usia anda, tempoh perkahwinan anda, masalah tiub fallopio dan masalah sperma suami; anda disarankan mendapatkan rawatan pakar sakit puan yang ada mendalami ilmu kesuburan (sering disebut perubatan reproduktif).

Jika sakit kepala hanya berkait dengan haid, berkemungkinan ia sebahagian daripada sindrom sebelum kedatangan haid. Anda boleh mengambil pil penahan sakit untuk meredakannya. Bagaimanapun dengan usia anda, tidak mustahil anda kini ada menghidap penyakit berkaitan usia misalnya darah tinggi.

Apabila membincangkan kos, sudah pasti kos paling minimum di hospital kerajaan.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan