Label

DARAH HAID TERLALU BANYAK (SAKIT PUAN)

SAYA berumur 27 tahun dan berkahwin pada 1 Jun 2013. Kitaran haid terakhir saya pada 9 hingga 15 Mei lalu.

Pada 9 Jun, saya didatangi haid yang pada hari pertama hanya keluar titik coklat tanpa darah. Tetapi saya mengalami aliran darah haid yang banyak pada hari kedua sehinggakan saya menukar lapan tuala wanita pada siang hari.

Senggugut pula saya rasakan sangat sakit berbanding kebiasaan. Pada hari keempat haid saya masih banyak dan sekitar abdomen saya rasa sangat sakit.

Untuk pengetahuan doktor, kitaran haid saya teratur dan tepat pada waktunya. Kitaran haid saya antara 31 atau 32 hari. Setiap kali haid, saya mengalami senggugut pada hari pertama saja.

Perubahan yang saya alami selepas berkahwin amat berbeza iaitu senggugut hingga hari ketiga, darah keluar dengan banyak dan sakit senggugut yang keterlaluan. Adakah saya mengalami sebarang masalah kesihatan?

Mas
Kuala Lumpur

ANDA mengalami pendarahan haid yang banyak yang dinamakan menorrhagia. Jika ia dibiarkan berterusan setiap bulan, ia boleh menyebabkan masalah kesihatan bermula dengan kekurangan darah (anemia) dan komplikasi lanjutan anemia misalnya terhadap jantung dan seumpamanya.

Berkemungkinan senggugut yang anda alami disebabkan ketepuan pendarahan haid terbabit. Berkemungkinan juga ia disebabkan kesan haid yang banyak sehingga lebih banyak juga yang masuk ke ruang dalam pelvis anda menerusi kedua-dua tiub fallopio.

Pemeriksaan doktor mungkin tidak dapat mengesan sebarang bengkak pada kawasan pelvis tetapi ultrabunyi pelvis mungkin dapat mengesan kelainan termasuk takungan cecair di bahagian belakang rahim (yang disyaki darah haid), keadaan rahim (kedudukan, saiz, dinding sama ada terdapat fibroid atau ketulan adenomyosis, ketebalan lapisan endometrium dan seumpamanya) serta kedua-dua ovari.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan