Label

SENGGUGUT SELEPAS BERKAHWIN (SAKIT PUAN)

Soalan

ASSALAMUALAIKUM doktor, saya sudah berkahwin hampir enam bulan. Saya dan suami juga sudah bersedia untuk memiliki zuriat. Apa yang merisaukan saya sekarang adalah senggugut saya yang teruk selepas berkahwin. Sebelum berkahwin saya tidak mengalami senggugut hanya sakit perut biasa yang dapat saya kawal. Tetapi semenjak saya kahwin pada Disember tahun lepas, semasa haid saya pada bulan Januari tahun ini saya mengalami senggugut yang teruk sehingga tidak boleh bangun. Sudah banyak klinik yang saya pergi tetapi saya hanya diberitahu doktor masalah berkenaan disebabkan perubahan hormon dan hanya diberi ubat tahan sakit. Adakah berbahaya senggugut yang saya hadapi selepas kahwin ini doktor?

Nadia
Pahang

Jawapan

Wa'alaikumusallam Nadia, kesakitan yang dialami semasa berlangsungnya haid dipanggil senggugut atau dismenorea (dysmenorrhea). Senggugut sering menyerang seorang wanita pada hari pertama dan kedua haid. Senggugut bukan sekadar kesakitan teruk ketika haid, tetapi ia turut menjadi petanda penting supaya semua wanita yang mengalami masalah ini menjalani pemeriksaan awal bagi mengesan kewujudan endometriosis.

Terdapat dua jenis senggugut, iaitu senggugut primer dan senggugut sekunder. Senggugut primer disebabkan oleh pengeluaran prostaglandin (sejenis bahan kimia dalam darah) yang menyebabkan pengecutan rahim yang kuat. Kebiasaannya ia sering dialami pada usia muda sebelum berkahwin dan bertahan pada hari pertama dan kedua haid. Manakala senggugut sekunder pula disebabkan oleh endometriosis.

Endometriosis pula merujuk kepada keadaan di mana lapisan tisu yang melitupi bahagian dalam rahim didapati tumbuh di luar rahim, atau kawasan lain pada sekitar sistem reproduksi wanita.

Masalah senggugut yang dialami anda berkemungkinan tinggi disebabkan oleh penyakit endometriosis. Walaupun ada sebab-sebab lain yang boleh menyebabkan senggugut, maklumat yang anda berikan membawa kepada diagnosis yang paling ketara iaitu endometriosis. Dalam keadaan endometriosis, wanita biasanya mengalami senggugut dan mungkin juga sakit bila mengadakan hubungan seksual dengan suami. Ini berkemungkinan besar disebabkan oleh organ-organ di bahagian pelvis yang melekat (adhesion) atau juga salur Fallopionya mengalami penyumbatan.

Punca sebenar endometriosis masih tidak diketahui. Malah bagi sesetengah wanita, risiko untuk mendapat endometriosis mungkin ada sekiranya terdapat saudara-mara perempuan mereka mengalami masalah yang sama. Sungguhpun punca sebenar endometriosis kekal tidak diketahui, namun banyak teori telah dikemukakan untuk lebih memahami dan menjelaskan perkembangannya. Ada teori yang mengatakan ia disebabkan pendarahan haid yang berundur atau bergerak secara menyongsang (retrograde menstruation) ke dalam pelvis, aras hormon estrogen yang berlebihan, tisu endometriosis juga boleh merebak melalui salur darah dan tumbuh di tempat-tempat yang jauh dari rahim seperti di dalam paru-paru atau otak dan juga teori metaplasia.

Untuk mengetahui penyebab sebenar senggugut anda, sebaiknya anda perlu diperiksa oleh pakar sakit puan. Selain daripada ujian imbasan ultrabunyi (ultrasound) untuk melihat jika ada sista (pembengkakan ovari), ujian laparoskopi juga boleh dilakukan untuk memastikan ia adalah endometriosis dan juga untuk melihat jika terdapat pelekatan dan penyumbatan pada salur Fallopio. Jika diagnosis yang dibuat doktor adalah endometriosis, ubat-ubat tertentu boleh digunakan untuk mengubati keadaan ini dan cara terbaik ialah jika wanita tersebut cepat hamil.

Sebab-sebab lain senggugut adalah jangkitan pada bahagian pelvik (pelvic inflammatory disease), adenomyosis dan juga masalah fibroid. Maka, anda perlu diperiksa secara teliti untuk mendapat diagnosis yang tepat dan perlu diberi rawatan yang sewajarnya secepat mungkin supaya penyakit ini tidak melarat sehingga susah dirawat kelak.

(Sumber Utusan Malaysia)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

4 ulasan:

  1. Assalammualaikum...doktor, saya mempunyai masalah berkaitan haid juga. Saya mempunyai kitaran haid yang normal setiap bulan 27-31 hari dan tempoh haid berlaku 6-8 hari. Namun begitu, pada bulan ini hari yg ke-14 selepas haid telah berlaku sedikit pendarahan tetapi tidak berlaku tanda-tanda haid. Pendarahan ini juga hanya keluar sekali sahaja dan tidak berterusan. Menjadi tanda tanya kepada saya kerana perkara sebegini tidak pernah berlaku kepada saya. Adakah juga disebabkan perubahan hormon selepas berkahwin? Saya baru berkahwin 1 bulan lebih. Mohon doktor beri pandangan. Terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mengapa berlaku pendarahan selepas tempoh haid? Hal ini berlaku biasanya seminggu selepas tempoh haid, darah yang keluar berwarna coklat, mungkin disebabkan uterus tidak mengeluarkan semua tisu menstrual semasa tempoh pendarahan haid.

      Tisu menstrual adalah tisu endometrium pada dinding rahim menstrual yang akan keluar sebagai darah haid apabila sampai tempoh pendarahan haid.

      Oleh sebab kerana lebihan tisu atau darah haid ini tidak dikeluarkan secara sempurna, maka bakinya akan dikeluarkan dalam masa tempoh seminggu atau dua minggu selepas tempoh haid berakhir.

      Jika situasi ini tidak berlaku setiap bulan dan hanya sedikit pendarahan yang berlaku, tiada apa yang perlu dirisaukan.

      Tetapi jika situasi ini kerap berlaku dan pendarahan yang dialami pula banyak, maka pemeriksaan yang lebih teliti harus dijalankan.

      Boleh baca artikel saya untuk mengetahui lebih lanjut http://sakit-tuan.blogspot.com/2013/06/pendarahan-selepas-haid-sakit-puan.html

      Terima kasih

      Padam
    2. Terima kasih doktr atas maklumat itu.

      Padam
  2. Salam doctor, saya berumur 28 tahun dan suami berumur 32 tahun. Saya baru berkahwin selama 3 bulan. Saya ada 1 soalan yang membuatkan saya serta suami mushkil. Selepas melakukan hubungan kelamin, iaitu selepasnya klaimaks, ada cecair yang keluar dari kemaluan saya. Suami dan saya percaya cecair tu ialah air mani suami. kerana ia kelihatan lebih pekat. Boleh cadangkan kepada saya, apa perlu kami buat.

    BalasPadam