Label

BUNTU KAWAL RASA MARAH (DANG SETIA)

Saya berusia 18 tahun dan tinggal bersama keluarga. Saya anak bongsu serta panas baran. Sebaik ditegur ibu, saya meninggikan suara tanpa disedari.

Sebaik kemarahan reda, saya menyesal. Saya tahu ia salah, tetapi saya dilahirkan begini. Pernah saya pecahkan pinggan di rumah kerana ibu tidak membelikan kereta mainan ketika berumur enam tahun. Mahupun mencalarkan kereta ayah sebaik dipukul.

Ibu bapa pernah menghantar ke sekolah bermasalah, tetapi saya masih baran. Saya mahu berubah, tetapi buntu untuk mengawal perasaan marah.

EEMRAN
Kuala Lumpur

Rasa marah itu penyakit, namun satu petanda positif apabila saudara menyedari sifat negatif diri berbanding segelintir individu ego enggan mengakui kelemahan diri.

Tidak dapat dinafikan, tatkala marah menguasai diri, saudara membuat sesuatu yang mendatangkan kecederaan pada diri mahupun orang lain.

Kerap mengingati kesan terburuk daripada perasaan marah boleh membantu meredakan perasaan itu.

Apabila marah, elak berkonfrontasi terus kepada penyebab kemarahan dan alih perasaan itu dengan berlalu. Setidak-tidaknya ia mengelak masalah lebih serius timbul.

Amalkan membaca surah yang mampu lembutkan hati seperti Surah Taha serta Al-Kautsar sebagai inisiatif diri.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan