Label

TAKUT BEDAH BUANG FIBROID (SAKIT PUAN)

Saya berusia 46 tahun dan masih belum berkahwin. Saya mempunyai fibroid berukuran 12 sentimeter sejak 2005.

Setiap enam bulan, saya ada temu janji dengan doktor. Sudah beberapa kali doktor menyarankan saya membuat pembedahan tetapi saya menangguhkannya atas sebab takut dan ada kemungkinan rahim akan dibuang.

Dalam temu janji baru-baru ini, sekali lagi doktor menyarankan saya membuat pembedahan dengan memberi dua pilihan iaitu membuang fibroid saja atau kedua-duanya sekali memandangkan tiada peluang untuk saya hamil.

Doktor mencadangkan saya mengambil suntikan bagi mengecutkan fibroid sebelum membuat pembedahan. Untuk pengetahuan doktor, saya akan menunaikan haji pada tahun ini yang dijangka berangkat sekitar September nanti. Pada 17 Jun ini pula, saya akan berjumpa doktor semula untuk tujuan suntikan itu.

Adakah suntikan terbabit ada kesan sampingan di masa akan datang? Adakah haid saya akan terhenti sebelum tempoh sepatutnya?

Aina,
Kampung Baru, Kuala Lumpur

Anda sepatutnya mendapatkan maklumat terbabit daripada doktor anda. Anda juga sepatutnya mengambil tahu nama bahan suntikan yang disarankan beliau. Rujukan boleh dibuat berdasarkan nama ubat terbabit sama ada secara peribadi dengan pengamal perubatan yang lain ataupun daripada bahan ilmiah yang bertauliah dari laman sesawang.

Saya meneka suntikan yang anda maksudkan adalah suntikan yang mengandungi bahan analog hormon GnRH. Terdapat dua persediaan sama ada setiap empat minggu atau setiap 12 minggu. Ia boleh mengecilkan (bukan menghilangkan) saiz fibroid, lazimnya sehingga 20 peratus saja, namun masih elok kerana ia dapat membantu sewaktu pembedahan seperti mengurangkan pendarahan.

Namun ia lazimnya mendatangkan kesan sampingan termasuk ketiadaan haid serta simptom menopaus yang lain. Bagaimanapun, ia hanya sementara saja. Haid dijangka muncul semula sekitar 11 hingga 12 minggu selepas suntikan terakhir.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan