Saya berumur 14 tahun dan tinggal bersama keluarga angkat setelah ibu bapa terpaksa berhijrah keluar negara kerana bekerja.
Ibu angkat melayan dengan baik, cuma saya kurang menyenangi sikap kakak angkat yang sering membuli saya. Baru-baru ini, saya mengadu kepada ibu angkat mengenai sikapnya yang gemar membuli.
Dia suka mengarah serta memaksa saya membuat perkara tidak sukai, menyebabkan saya kembali ke rumah ibu bapa. Biarpun ibu bapa tiada, saya selesa tinggal sendirian.
Ini menyebabkan ibu angkat berkecil hati dan memujuk saya kembali ke rumahnya. Hakikatnya, kakak angkat tidak suka berkongsi barang dengan saya.
Adakah saya salah kalau bersikap keras hati dan enggan kembali ke rumah ibu angkat disebabkan kurang senang dengan layanan kakak angkat?
CIECIE
Setiawangsa, Kuala Lumpur
Tindakan saudari membuatkan ibu angkat rasa bersalah kerana tidak dapat menjalankan amanah dengan baik.
Mungkin berasakan saudari adalah tanggungjawabnya, ibu angkat berusaha membuat yang terbaik untuk memastikan saudari terus tinggal bersamanya.
Pada pandangan Dang Setia, tindakan saudari hanya mendatangkan risiko. Maklumlah, bersendirian dan ibu bapa berjauhan boleh menyebabkan saudari terdedah kepada ancaman seperti culik atau rompak.
Wajar ibu angkat bimbang, lebih-lebih lagi saudari masih muda dan perempuan tentu saja menjadi sasaran mudah penjenayah.
Masalah berkaitan kakak angkat tidak menyenangi kehadiran saudari, biar masa menjadi penentu. Beri ruang serta gunakan cara diplomasi untuk berunding supaya kakak angkat tidak bermusuh dengan saudari.
Tingkatkan kesabaran dan kenal pasti minat serta kegemaran kakak angkat supaya saudari boleh gunakan ia untuk mengambil hatinya.
(Sumber Harian Metro)
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Tiada ulasan:
Catat Ulasan