Label

TIGA TAHUN BELUM HAMIL (SAKIT PUAN)

SAYA berusia 27 tahun dan berkahwin selama tiga tahun. Masalahnya saya tidak datang haid sejak 2008 hingga sekarang yang menyukarkan saya untuk mendapatkan zuriat.

Sebelum ini saya ada merujuk dengan pakar sakit puan tetapi saya tidak dapat meneruskan rawatan disebabkan kekangan kerja. Apakah nasihat doktor?

Aima
Selangor

SEMENTARA usia anda masih muda, luangkan masa untuk menjalani pemeriksaan. Tahap kesuburan wanita mulai menurun apabila usia melepasi 28 tahun.

Mungkin anda ingin terus berjumpa pakar sakit puan yang mempunyai pengkhususan kesuburan kerana pilihan rawatan lazimnya lengkap sama ada pembedahan berkaitan kesuburan atau teknik bantuan kesuburan, daripada semudah rawatan permanian berhadas (IUI) hinggalah ke peringkat IVF. Ini mungkin dapat menjimatkan masa dan kekerapan lawatan.

Tidak didatangi haid selama tempoh terbabit lazimnya berkait dengan gangguan pengeluaran telur. Bukan setakat itu saja, terdapat kesan atau komplikasi lain terhadap kesihatan. Anda tidak patut membiarkan ia terlalu lama.

Contohnya dalam keadaan sindrom polisista ovari (PCOS), ketiadaan ovulasi yang berterusan boleh menyebabkan ketiadaan haid untuk tempoh lama dan ini boleh mendedahkan lapisan endometrium rahim untuk terus menebal atau membahagi di luar kawalan sehingga meningkatkan risiko kanser endometrium.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan