Saya mempunyai masalah haid yang agak serius bagi diri saya. Untuk pengetahuan doktor, saya sudah berkahwin selama lima tahun dan tidak pernah mengandung sampai sekarang.
Saya tahu rezeki di tangan Tuhan tetapi tidak salah untuk berusaha. Saya pernah berurut dengan bidan kampung dan menurut bidan, ada urat membengkak dan disebabkan itu haid saya tidak normal seperti orang lain serta masalah senggugut. Sekarang selepas saya berurut dengan bidan, darah haid keluar tanpa henti sejak dua, tiga bulan lalu.
Adakalanya apabila haid tiada, tetapi semasa bersama suami, darah masih keluar. Saya bimbang jika ada perkara yang tidak diingini.
Kami juga bimbang mengenai kos rawatan kerana saya hanya kerani di syarikat swasta dan suami pula bekerja sendiri. Memang kami tidak mampu jika kosnya mahal. Harap doktor dapat memberikan saranan.
Ila,
Kuala Lumpur.
Terdapat dua pilihan pembiayaan rawatan perubatan di negara kita; rawatan awam yang disediakan oleh pihak kerajaan dan kemudahan swasta.
Secara amnya, bagi pasangan yang sudah mencuba selama lima tahun, peluang kehamilan tinggal hanya dua hingga empat peratus saja jika tidak mendapatkan rawatan kesuburan.
Justeru, eloklah anda mendapatkan pemeriksaan dan rawatan kesuburan di klinik pakar sakit puan yang terdapat di hospital kerajaan dengan kos yang amat rendah, begitu juga dengan masalah pendarahan anda. Jika benar anda berpendapat ia serius, eloklah anda segera mendapatkan rawatan.
(Sumber Harian Metro)
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Tiada ulasan:
Catat Ulasan