Label

KEGATALAN MELAMPAU (SAKIT PUAN)

SAYA berumur 26 tahun dan masih bujang. Sudah empat bulan saya mengalami kegatalan di bahagian kemaluan, cuma keadaan pada waktu siang berbeza dengan keadaan pada waktu malam.

Pada malam hari, saya berasa lebih gatal sehingga ada kalanya saya menggaru hingga terluka. Jika hendak dikatakan ia berpunca daripada keputihan, saya tidak menghadapi masalah ini.

Jika ada mengalami keputihan pun, ia agak normal kerana tidak mendatangkan bau yang kuat atau berwarna kehijauan.

Bagaimanapun, saya juga perasan ada keputihan di bahagian kiri dan kanan pipi faraj. Saya tidak pasti sama ada ia mungkin kulat.

Saya mula risau dan buat masa ini, saya hanya mengambil ubat gatal yang biasa dibeli daripada farmasi. Kegatalan itu terus hilang apabila saya makan ubat terbabit dan jamu.

Gadis susah hati
Pulau Pinang

SEKIRANYA anda masih mengalami keadaan ini walaupun sudah mengambil ubat daripada farmasi, eloklah anda menjalani pemeriksaan doktor.

Ciri-ciri perubahan pada kulit kemaluan dan ciri lelehan membolehkan doktor membuat diagnosis terhadap masalah anda. Begitu juga dengan sampel lelehan yang diuji untuk kultur kuman.

Sementara menunggu hasil keputusan (mengambil masa dua hingga tiga hari), doktor akan memberikan ubat berdasarkan ciri-ciri terbabit dan mungkin mengubahnya jika hasil keputusan kultur menunjukkan keserasian ubat yang berbeza. Perubahan warna keputihan pada kulit bibir kemaluan lazimnya disebabkan kulat. Ini mudah diubati.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan