Label

DITUDUH CURANGI KEKASIH (DANG SETIA)

Saya bercinta dengan rakan sepermainan dan dia bekerja kampung. Manakala saya pula ketika ini menuntut di institusi pengajian tinggi awam.

Selama ini hubungan kami baik dan jarang bergaduh. Namun kebelakangan ini, dia sering memarahi dan menuduh saya curang.

Sedangkan saya sibuk urusan kuliah dan persiapan tesis kerana berada pada tahun pengajian.

Apabila saya menerangkan situasi itu, dia kata saya memperlekehkan dia. Tidak terlintas di hati untuk memperkecilkan dia bekerja kampung.

Sebenarnya saya kagum dengan kesungguhan dia mampu berdikari serta mempunyai perniagaan sendiri. Soal siapa berkelulusan tinggi itu tidak penting. Adakah dia berasa kurang yakin kerana saya berkelulusan tinggi?

MURNI
Shah Alam, Selangor

Tidak sekufu iaitu jurang terbina berikutan perbezaan status pendidikan memungkinkan ego pasangan saudari tercalar.

Biarpun bersandarkan alasan remeh iaitu saudari seorang mahasiswi manakala teman lelaki saudari hanya bekerja kampung, hal seperti itu mampu mencetuskan perselisihan dalam perhubungan.

Tetapi sebaik Dang Setia memikirkan usia hubungan saudari serta pasangan, seharusnya konflik sebegini dapat diatasi. Baik saudari mahupun pasangan sudah amat mengenali diri masing-masing, kepercayaan terhadap pasangan sepatutnya utuh disebabkan kematangan usia perhubungan itu.

Saranan Dang Setia ialah bincangkan dengan pasangan agar akhiri hubungan tanpa status dengan jaminan. Selain bimbang saudari curang, lebih baik dia memikirkan mencari jalan keredaan dalam perhubungan menerusi ikatan perkahwinan.

Diharap dengan cara sebegini saudari tidak lagi diasak dengan tuduhan curang serta boleh memberi fokus kepada pengajian.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan