Label

PELAJAR RISAU SUNTIKAN HPV (SAKIT PUAN)


SAYA pelajar institusi pengajian tinggi yang lahir pada 1993. Justeru, saya berpeluang mendapatkan suntikan HPV bagi menghalang kanser serviks secara percuma yang diberikan kerajaan.

Tetapi saya sedikit ragu-ragu apabila mendengar khabar berita daripada beberapa sumber yang menyatakan kesan negatif suntikan terbabit.

Untuk makluman doktor, saya mendapatkan dos yang pertama tetapi tidak meneruskan dos kedua dan ketiga.

Adakah benar suntikan berkenaan memberi kesan negatif seperti yang dikhabarkan? Adakah sebarang kesan sampingan jika saya tidak meneruskan suntikan dos kedua dan ketiga?

Nabila
Kuala Lumpur

SETIAP produk sama ada ubat mahupun produk kecantikan atau kesihatan serta sesuatu makanan yang kita ambil mempunyai sedikit atau banyak kesan negatif terutama jika diambil berlebihan atau dalam jangka masa yang lebih lama.

Sebelum menawarkan suntikan vaksin ini secara percuma kepada pelajar perempuan (dalam kumpulan usia tertentu), pasti pihak Kementerian Kesihatan Malaysia sudah pun mengambil kira kebaikannya secara jangka panjang berbanding kemungkinan kesan sampingan yang dijangka mungkin dialami oleh segelintir penerimanya walaupun mereka terpaksa menanggung kos yang tinggi setiap tahun, memandangkan angka bilangan penerima (boleh dijangka daripada bilangan calon UPSR) juga tinggi.

Tanpa perlindungan vaksin HPV, anda lebih terdedah kepada jangkitan beberapa sub-virus HPV serta penyakit CIN yang diketahui cenderung untuk menyebabkan kanser serviks kecuali jika anda tidak melakukan sebarang aktiviti seks kelak.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan