SAYA gadis lasak dan berperawakan tomboi. Ini menyebabkan ramai salah faham dengan kecenderungan seks saya walaupun tinggal bersama dua rakan perempuan yang sungguh feminin.
Meskipun tampak kasar, hakikatnya saya meminati lelaki. Ini menyebabkan saya kurang senang apabila kerap dihimpit golongan lesbian dan biseksual.
Mungkin cara dan gaya pakaian saya menyebabkan dua golongan itu salah sangka.
Bagaimanapun, hasrat di hati ingin berubah tetapi biarlah perlahan-lahan.
Tambahan pula saya ada ramai kenalan lelaki dan persekitaran kerja menyebabkan saya tak mahu melakukan perubahan secara drastik.
Saya pernah menyimpan rambut hingga paras bahu namun diejek rakan sekerja lelaki, menyebabkan saya terus mengguntingnya. Saya malu untuk berubah meskipun jauh di hati memang mahukannya.
Umur lewat 20-an juga menyebabkan saya ingin berubah dan mempunyai teman lelaki. Sekali lagi apabila saya meminta nasihat rakan serumah, mereka memperlekeh saya.
Saya terasa seolah-olah keadaan tidak membenarkan saya berubah. Mungkin nasib badan saya tertulis sebegini.
YAYA
Muar, Johor
Perubahan tidak selalunya menerima maklum balas positif daripada individu di sekeliling.
Ada kalanya pelbagai pihak yang melihat perubahan saudari memberi persepsi berbaur negatif hingga usaha itu berakhir di pertengahan jalan.
Namun lebih molek jika saudari menganggap ia sebagai cabaran yang perlu ditempuh, sekali gus membantu meyakini diri dengan perubahan yang ingin dilakukan berbanding terus menyerah.
Personaliti saudari yang ‘kuat’ dan tahan lasak boleh menjadi perisai ketika berdepan individu sebegini.
Melengah-lengahkan menukar perwatakan ‘tomboi’ kepada feminin merugikan diri sendiri.
Dibimbangi apabila saudari terus kekal dengan perwatakan itu, cabaran lebih besar bakal menyekat saudari daripada berubah.
Anggaplah perubahan perwatakan sebagai perkara positif supaya usikan nakal rakan tidak memberi kesan mendalam kepada emosi saudari.
Selain itu, cari rakan yang boleh menjadi pendorong apabila menerima tekanan daripada individu yang tidak peka dengan keutamaan saudari.
Minta sokongan keluarga kerana mereka lebih ‘masak’ dengan tingkah laku dan mempunyai pandangan lebih tepat mengenai diri saudari berbanding rakan.
(Sumber Harian Metro)
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Tiada ulasan:
Catat Ulasan