Label

BUANG PAYUDARA ELAK KANSER? (SAKIT PUAN)

Angelina Jolie menjalani pembedahan ketiga untuk membentuk semula payu dara dan memasukkan implan.

TIDAK dinafikan ramai yang mengagumi kecantikan tubuh badan aktres antarabangsa, Angelina Jolie. Pengakuan Jolie melalui artikel bertajuk My Medical Choice yang diterbitkan oleh New York Times, telah mengejutkan dunia apabila memberitahu bahawa beliau menjalani kaedah mastektomi membuang kedua-dua payu daranya untuk mengelak diserang kanser payu dara.

Jolie berkata, dia menjalani pembedahan itu selepas mengetahui dirinya membawa gen yang boleh menyebabkannya menghidap kanser payu dara. Bagaimanapun, Jolie menyembunyikan pembedahan itu daripada pengetahuan orang ramai sehingga dia mendedahkan berita itu.

Bintang filem berusia 37 tahun itu menyatakan bahawa antara awal Februari hingga akhir April lepas, dia menjalani pembedahan ke atas kedua-dua payu daranya. Menurutnya, dia menjalani pembedahan itu adalah kerana memikirkan kepentingan anak-anaknya selepas melihat ibunya, Marcheline Bertrand meninggal dunia kerana menghidap kanser yang sama ketika berusia 56 tahun.

"Ibu saya berjuang menentang kanser selama hampir sedekad dan meninggal dunia semasa berumur 56 tahun," katanya.

"Risiko saya mendapat kanser payu dara telah menurun daripada 87 peratus kepada lima peratus sahaja," katanya.

Menurutnya, selepas menjalani ujian genetik, dia didapati membawa gen BRCA1 dan mempunyai 87 peratus untuk menghidap kanser payu dara.

Proses pembuangan payu daranya itu bermula pada 2 Februari lalu. Menurutnya, dua minggu kemudian, dia membuang tisu payu daranya. Jolie berkata, sembilan bulan kemudian, dia menjalani pembedahan ketiga untuk membentuk semula payu dara dan memasukkan implan.

"Saya tidak berasa sebarang kekurangan sifat kewanitaan. Ia (pembedahan itu) merupakan pilihan yang paling tepat," katanya.

Walaupun telah menjalani mastektomi, aktres tersohor itu bagaimanapun masih mempunyai peluang lima peratus diserang kanser payu dara . Jolie juga kini dilaporkan tidak akan teragak-agak membuang rahimnya untuk mengelak diserang kanser rahim pula.

Kanser payu dara


LAZIMNYA kanser payu dara dikaitkan dengan kaum wanita walaupun terdapat sebilangan kecil daripada kaum Adam yang menghidapinya.

Pengalaman mereka yang pernah menghidap kanser ini, sudah pasti trauma atau umpama mimpi ngeri dan tidak ingin berulang ke atas diri sendiri lagi.

Manakan tidak, mereka yang ingin membuang barah tersebut terpaksa membuat pilihan sama ada kehilangan payu dara atau menempah maut.

Hal inilah yang seringkali membelenggu kebanyakan penghidap kanser payu dara terutamanya wanita yang mementingkan kecantikan dan penampilan diri.

Tindakan berani Angelina Jolie menunjukkan beliau tidak mahu kehilangan nyawa kerana kanser sebaliknya dia sanggup membuang payu dara walaupun belum disahkan menghidap kanser.

Menurut Pakar Runding Pembedahan Am, Dr . Jonah Azariah, Jolie mengambil keputusan yang baik dengan membuang payu daranya kerana dia mengetahui dirinya berisiko tinggi menghidap kanser kerana faktor genetik. Pun begitu, tidak bermakna dengan membuang payu dara, bahagian organ badan lain tidak berisiko diserang kanser. Dalam hal ini, usaha Jolie dilihat positif kerana cuba mencegah daripada diserang kanser payu dara walaupun keputusan ini sangat sukar dilakukan terutamanya mereka yang sudah disahkan menghidap kanser.

Dr. Jonah memberitahu, ramai pesakit walaupun sudah berada di peringkat kanser serius tidak mahu membuang payu dara mereka kerana malu dan takut disisihkan keluarga dan masyarakat.

Jelasnya, lebih teruk daripada itu, terdapat juga sesetengah wanita yang langsung tidak menyedari bahawa payu daranya telah diserang barah walaupun telah berulang kali menjalani pemeriksaan di hospital atau pemeriksaan sendiri payu dara (PSP).

"Setiap wanita perlu mencegah di peringkat awal lagi. Lebih selamat ialah dengan cara menjalani proses pengimbasan kanser menggunakan pengimbas mammografi yang mampu mengesan ketumbuhan membabitkan kanser payu dara pada peringkat awal dengan tepat.

Dalam kes ini, wanita yang berusia 40-an lebih sesuai untuk kaedah mamogram," ujarnya yang ditemui di Pusat Perubatan Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor.

Ramai yang tidak tahu mereka berpeluang untuk mendapatkan payu dara baru dengan kaedah implan dan pembentukan semula payu dara .

"Sikap wanita tersebut tidak boleh disalahkan. Ini kerana setelah beberapa tahun hidup tanpa payu dara mereka telah pasrah dan mula menganggap hidup mereka tidak lagi bermakna ekoran seringkali berhadapan dengan tekanan yang bersifat psikologi. Dalam hal ini, sokongan keluarga terutamanya suami sangat penting," katanya.

Tambah beliau, perasaan sedemikian tidak perlu timbul lagi kerana kemajuan bidang perubatan dunia tidak pernah menyisihkan golongan ini.

Malah, kajian demi kajian dijalankan oleh pakar berkaitan semata-mata mencari penawar penyakit tersebut.

"Kini wanita boleh tampil semula lengkap dengan pakej 'wanita sejati' melalui proses pembentukan dan pengimpalan semula payu dara atau 'breast reconstruction' yang telah sinonim dengan pesakit kanser payu dara di Eropah.

"Malaysia agak lewat sedikit kerana saya difahamkan kebanyakan pesakit tidak mendapat pendedahan khusus mengenai peluang mendapatkan payu dara baru daripada pakar-pakar yang merawat mereka," katanya.

'Breast reconstruction' adalah pembedahan atau pengimpalan payu dara untuk mengembalikan semula bentuknya selepas kedua-dua atau separuh daripada payu dara pesakit kanser musnah oleh sel-sel barah hinggakan ia terpaksa dibuang sepenuhnya (mastectomy) atau separuh sahaja (lupectomy).

Dalam pada itu, Dr. Jonah menasihati wanita supaya mengenali simptom-simptom kanser payu dara termasuk ketulan dalam payu dara, perubahan dari segi saiz dan bentuk payu dara serta pengeluaran bendalir daripada puting.

"Pengesanan kanser payu dara awal boleh dilakukan menerusi pemeriksaan sendiri atau melalui mamografi dari semasa ke semasa. Kesemua kaedah ini membantu mengesan kanser lebih awal.

Rawatan kanser payu dara antaranya termasuk radiasi, kemoterapi, terapi hormon dan mastektomi. Mastektomi adalah sejenis pembedahan yang selamat dengan sebilangan besar pesakit pulih tanpa sebarang komplikasi.

Seperti pembedahan, tiada satu yang boleh dilakukan tanpa risiko. Antara risikonya bagi sebarang pembedahan termasuk pendarahan, jangkitan atau kecederaan pada kawasan berdekatan dengan tisu-tisu," ujarnya.

(Sumber Utusan Malaysia)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

1 ulasan:

  1. Slam...sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis kanser...buah pinggang rosak dan kebocoran protin yang punca peyebab kerosakan awal buah pinggang..herba ni terlalu berkesan...akar kayu herba...merawat dan membaik pulih...jangan sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik merawat..hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia...herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi...sy cma bntu membantu...sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa...penawar nya telah ada...hubungi sy secepat munkin

    BalasPadam