Saya berusia 44 tahun. Setahun lalu, saya terkena bisul di bawah paha berhampiran kemaluan. Disebabkan berdekatan kawasan kerandut zakar, doktor pakar syorkan pembedahan.
Sebelum itu, apabila tegang, zakar sangat keras dan menghala ke atas. Namun, selepas pembedahan, berat badan turun 15 kilogram dan ‘mood’ hilang serta muka menjadi sembam.
Kini, zakar hanya naik ke depan dan mengeras jika saya makan Viagra atau Cialis, jika tidak makan zakar tegang hanya seminit.
Kadangkala, Viagra atau Cialis tidak memberi kesan. Untuk pengetahuan doktor, apabila saya klimaks, tiada air mani keluar, malah saya hanya terasa sangat geli.
Adakah doktor tersilap bedah menyebabkan kurang rangsangan dan tidak tegak seperti dulu? Bolehkah saya berjumpa doktor untuk rawatan dan adakah ubat atau pembedahan untuk membetulkannya seperti sebelumnya?
LAN
Johor Bahru
Biasanya jika seseorang itu ada takungan nanah di kawasan tertentu pada tubuhnya, pemeriksaan menyeluruh akan dilakukan doktor untuk memastikan sama ada dia menghidap kencing manis.
Rawatan akan diberi selain pembedahan untuk mengeluarkan takungan nanah. Diabetes boleh menyebabkan perubahan ketara kepada tubuh sehingga kelihatan sugul, tua dan kurang semangat.
Selain infeksi luar jangkaan seperti takungan nanah dalam badan, kencing manis memberi kesan ketara kepada urat saraf.
Keradangan urat saraf menyebabkan sensasi tubuh badan luar biasa seperti tapak kaki kebas dan penghujung zakar berasa ngilu jika disentuh.
Fungsi ereksi yang berada dalam kawalan urat saraf juga tergugat. Ereksi meragam, ada kalanya ada dan ada kalanya tiada.
Ereksi tidak kekal dan ejakulasi tidak bersemangat. Ada kalanya ejakulasi terlalu cepat akibat kegelian. Memang tidak dinafikan diabetes mengancam fungsi ereksi.
Lelaki mati pucuk atau gangguan fungsi ereksi wajib menjalani ujian darah untuk menentukan jika dia menghidap kencing manis.
Jika tidak pernah menjalani ujian mengesan penyakit kencing manis, anda perlu menjalaninya segera.
Jika benar ada penyakit kencing manis, anda perlu mendapatkan rawatan untuk menstabilkan tahap glukosa dalam darah.
Sistem tubuh akan stabil dan perubahan ketara kepada badan akan pulih, walaupun tidak sepenuhnya.
Masalah ereksi mungkin kekal, anda perlu mendapatkan ubat untuk mengatasinya. Secara kebetulan pembedahan dilakukan untuk mengawal kesihatan anda ke tahap stabil, seolah-olah mencetuskan masalah fungsi ereksi dan syahwat anda pula.
Saya pasti doktor yang cadangkan pembedahan itu tahu apa dilakukannya.
Saya boleh dihubungi melalui e-mel dr_tambi@yahoo.com jika saudara mahukan nasihat.
(Sumber Harian Metro)
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Tiada ulasan:
Catat Ulasan