Label

PENDARAHAN 44 HARI (SAKIT PUAN)

SEBULAN sebelum bermulanya puasa baru-baru ini, saya mengalami keguguran ketika kandungan saya mencecah usia empat bulan. Selepas keguguran, saya mengalami pendarahan seperti kebanyakan wanita lain yang keguguran sepanjang 44 hari.

Dalam bulan puasa lalu, saya hanya sempat berpuasa selama dua hari. Dalam tempoh pendarahan itu, saya berfikir mungkin darah nifas saya yang belum kering tetapi dua hari sebelum raya, saya mengalami pendarahan lagi.

Hari pertama dan kedua, darah keluar sangat banyak sampai membasahi seluar yang saya pakai. Ia disertai ketulan darah sebesar hati ayam dan setiap kali saya mengalami sakit pinggang, ketulan darah itu keluar lagi. Dari 17 Ogos hingga hari ini, darah masih lagi keluar (kira-kira 22 hari).

Kebiasaannya, saya didatangi haid selama tujuh hari saja tetapi situasi sekarang membuatkan saya sangat risau. Kadang-kadang darah itu berwarna coklat, kadang-kadang merah pekat. Harap doktor dapat memberi sedikit penerangan mengenai masalah saya ini dan langkah yang harus saya lakukan.

INSAN KELIRU
Petaling Jaya, Selangor.

JARANG wanita bersalin mengalami pendarahan selama 44 hari, lazimnya hanya dua minggu. Tambahan pula, rahim anda cuma membesar kepada saiz hamil empat bulan, maka ia dijangka lebih cepat mengecut kepada saiz asal iaitu pendarahan pun berhenti lebih awal.

Kadangkala, pengambilan produk tambahan yang dikhuatiri mengandungi hormon menyebabkan keadaan ini. Eloklah anda menjalani pemeriksaan doktor bagi memastikan tiada masalah pada dinding dalaman rahim.

Doktor juga akan melakukan ujian darah hormon BhCG bagi mengenepikan kemungkinan keadaan kandungan molar separa. Jika anda ada mengambil sesuatu suplemen tambahan, anda mungkin ingin menghentikannya terlebih dulu dan melihat perubahan selepas itu. Keguguran yang tidak habis keluar lazimnya sudah pun mengakibatkan kesan tambahan misalnya sakit dan demam akibat jangkitan kuman dan seumpamanya.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan