Label

DARAH KELUAR KETIKA BUANG AIR BESAR

Soalan

SAYA ingin tahu penyakit yang dihidapi suami kerana kadangkala apabila membuang air besar, pasti darah keluar bersama. Ada masanya darah itu terlalu banyak.

Namun, suami saya tidak bersa sakit, pedih atau perit ingin membuang air besar. Darah itu mengalir dari dubur begitu saja. Adakah itu penyakit buasir atau ada penyakit lain?

LIZA
Pulau Pinang

Jawapan

Pendarahan dari lubang dubur boleh berlaku apabila mukosa yang tersembul di permukaan pintu pembukaan lubang dubur terluka.

Mukosa atau lapisan kulit saluran dubur itu kadangkala boleh tersembul apabila wujud tekanan di bahagian itu akibat sembelit atau 'constipation'.

Apabila mukosa itu tercedera, pendarahan yang amat sangat boleh berlaku. Mukosa yang tersembul ini juga dikenali sebagai buasir atau 'piles'.

Biasanya pendarahan daripada mukosa tidak sakit, kecuali kulit pembukaan lubang najis terluka atau terkoyak, satu keadaan yang dikenali sebagai 'anal fissure'.

Tersembulnya mukosa berlaku dalam dubur yang baru peringkat awal biasanya tidak kelihatan. Peringkat buasir ini ialah peringkat pertama. Peringkat kedua apabila semakin besar yang tersembul dan peringkat ketiga ialah apabila ia terkeluar dan dapat dirasa dengan jari ketika buang air besar dan masuk kembali sesudah buang air besar.

'External Hemorrhoids' ialah peringkat keempat, yang mana buasir tersembul kekal di luar pembukaan lubang dubur dan ini sangat menyakitkan dan sukar dimasukkan kembali ke dalam dubur.

Kemungkinan besar suami anda ada penyakit buasir dan mungkin pada peringkat awal. Jangan biarkan sehingga perkara ini menjadi ketara. Jumpa doktor secepat mungkin.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

3 ulasan:

  1. Saya ingin tahu..tadi ketika membuang air besar..selesai sahaja saya dapati darah cair bgtu byk sekali mangkuk tandas ddk..sy x merasa sakit..kali ke 2 sy buang air besar..najis kembali seperti biasa..penyakit apakah itu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin itu darah akibat dari lapisan kulit saluran dubur anda terluka. Boleh terjadi jika anda mengalami sembelit. Jika hanya berlaku sekali, mungkin lapisan kulit itu sudah sembuh, tetapi jika berlaku banyak kali, saya cadangkan anda berjumpa doktor untuk pemeriksaan.

      Padam
  2. Sy baru je kena ni first time , mula mula buang air macam biasa je pastu tetiba tgk ada darah menitis terkejut sy ingatkan period tapi sy baru habis period . Tp sikit je . Sy terus google tapi sy ingat mcm nak tengok next buang air mcm mana ke kena terus jumpa doktr?

    BalasPadam