Label

SUKAR HAMIL KERANA KEDUDUKAN RAHIM (SAKIT PUAN)

SAYA berusia 22 tahun dan suami berusia 23 tahun. Kami sudah mendirikan rumah tangga selama sembilan bulan. Kami sering bersama. Sehingga sekarang saya masih belum berjaya hamil.

Baru-baru ini saya ada berjumpa dengan pengamal perubatan Islam dan pengamal terbabit mengatakan rahim saya mempunyai kedudukan yang tinggi. Kedudukan itu menyebabkan saya sukar hamil.

Adakah benar kedudukan rahim sebegini menyebabkan kesukaran hamil? Adakah terdapat cara yang boleh membuatkan rahim terbabit berada pada kedudukan yang betul?

Adakah berurut dapat menyelesaikan masalah ini? Harap doktor dapat memberi penerangan kerana saya sangat inginkan cahaya mata.

Ida
Selangor

APAKAH yang dimaksudkan dengan rahim tinggi itu? Masih ramai membayangkan rahim sebagai satu organ boleh diubah-ubah kedudukannya.

Masih ramai juga menyangka dengan membetulkan kedudukan rahim saja, peluang kehamilan menjadi lebih tinggi. Ini tidak benar dan sudah dibuktikan secara kajian sejak lebih 10 tahun yang lalu.

Membetulkan kedudukan rahim tidak penting tetapi membuang penyakit menyebabkan kedudukan rahim berubah itulah yang lebih utama.

Apapun, apakah asas digunakan untuk menyatakan kedudukan rahim seseorang wanita? Rahim tidak dapat dipegang atau disentuh secara pemeriksaan abdomen menggunakan tangan atau jari kerana rahim terletak jauh di bawah dan dilindungi rangka tulang pelvis atau pinggang di kelilingnya.

Kedudukan rahim tinggi amat jarang berlaku kerana di bahagian atas puncak rahim hanya terdapat usus, di hadapannya pula pundi kencing, manakala di belakangnya terdapat usus besar dan tulang belakang dinamakan sakrum.

Apabila kedudukan rahim didapati tinggi, kemungkinan besar ia petanda rahim itu melekat kuat pada salah satu organ terbabit. Firasat saya, kemungkinan rahim anda sebenarnya tiada masalah. Jika benar pun ia tinggi, rahim itu mungkin sebenarnya rahim bengkak sebesar saiz rahim hamil tiga bulan, sehingga puncaknya dapat disentuh melalui kulit hadapan pelvis.

Apapun, jika anda sudah bersedia untuk hamil, tidak salah mendapatkan pemeriksaan pakar sakit puan. Bukan saja pemeriksaan dapat dilakukan, penilaian ultrabunyi dan ujian misalnya ujian darah dapat dilihat keputusannya, barulah ia menjadi bukti sahih.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan