Label

KEMALUAN KELUAR LENDIR PUTIH (SAKIT PUAN)

SOALAN

SAYA berusia 19 tahun dan mempunyai seorang anak berusia lapan bulan. Apabila bersama suami, kemaluan saya mengeluarkan lendir berwarna putih yang begitu banyak hingga saya dan suami tidak selesa dengan keadaan itu.

Ada kalanya saya terpaksa berhenti bersama suami kerana rasa malu. Adakah keadaan itu memudaratkan? Apakah ia sesuatu yang normal untuk wanita muda yang mempunyai anak seperti saya? Apakah harus saya lakukan?

Nor,
Port Dickson, Negeri Sembilan.

JAWAPAN

LELEHAN faraj boleh bersifat normal atau sebaliknya. Dalam keadaan normal, lelehan yang dihasilkan berwarna keputihan dan likat ataupun jernih dan cair, dalam kuantiti satu hingga empat mililiter setiap hari.

Lelehan ini mengandungi discaj mukus daripada kelenjar bahagian dalam laluan serviks, sel epitilium yang mengelupas daripada permukaan faraj, transudat faraj dan bakteria sihat (seperti lactobacillus) yang menjaga pH persekitaran faraj supaya kekal sedikit berasid.

Lelehan ini menjadi lebih nyata banyaknya dalam keadaan berikut:

- Rangsangan seksual (mungkin seperti yang anda alami)
- Kehamilan
- Menghampiri waktu ovulasi
- Penggunaan pil perancang

Anda bolehlah menjalani pemeriksaan doktor untuk memastikan sama ada lelehan ini normal atau sebaliknya yang memerlukan rawatan.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

1 ulasan:

  1. assalamualaikum.. saya pon mngalami keputihan dan saya ade memakan ubat yg mengeluarkan toksin badan utuk pertama kali..selepas sye makan sejenis collegen tu sye demam n naik spt bisul di bibir2 kemaluan saya adakah ini berbhaya

    BalasPadam