SOALAN
SAYA ibu dua anak yang kini berusia tiga tahun dan setahun setengah. Semasa kelahiran anak pertama, saya menerima jahitan pada faraj seperti ibu lain tetapi selepas lebih tiga bulan melahirkan anak, setiap kali bersama suami, kawasan jahitan itu terbuka sedikit demi sedikit. Kini, saya tidak lagi berasa nikmat bersama suami. Adakah kawasan jahitan yang terbuka itu dijahit atau dicantum semula? Adakah kaedah lain untuk melakukannya?
Mimiana,
Shah Alam, Selangor.
JAWAPAN
ANDA boleh memastikan keadaan koyakan jahitan itu dengan menjalani pemeriksaan doktor.
Memandangkan ia telah berlaku selepas kelahiran pertama dahulu, ia mungkin telah diperiksa oleh doktor anda sewaktu kelahiran anak kedua (jika anda melalui kelahiran normal).
Mungkin juga koyakan itu telah dibaiki selepas kelahiran anak kedua secara normal.
Koyakan faraj lazimnya dijangka tidak menyebabkan kehilangan kenikmatan hubungan seksual oleh wanita, anda mungkin merasainya secara tidak langsung akibat perasaan malu atau bimbang dengan kekurangan diri anda.
Koyakan yang sembuh tanpa bercantum kebiasaannya akan kekal tidak bercantum memandangkan tisu kulit telah pun tumbuh menyelaputi permukaannya.
Jika anda berhasrat untuk menyambungnya semula, suatu prosedur kecil boleh dilakukan secara melukakan jurang koyakan itu dan menjahitnya semula, ini dilakukan bersama pemberian ubat pembiusan.
Justeru, berbincanglah dengan doktor anda.
(Sumber Harian Metro)
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Tiada ulasan:
Catat Ulasan