SOALAN
SAYA mempunyai masalah ketika bersama suami iaitu ketumbuhan pada bahagian antara qubul dan dubur saya. Apabila kami bersama, saya mengalami kesakitan walaupun ada menggunakan sejenis pelincir sesuai.
Doktor pertama yang dirujuk menyatakan saya ada masalah buasir. Saya sememangnya bermasalah membuang air besar. Doktor kedua pula mengatakan saya hanya mempunyai daging lebih.
Tahun lalu, saya melahirkan anak pertama secara normal. Malangnya tiga petugas (jururawat dan doktor) menjahit tempat yang sudah digunting.
Mereka mengatakan kulit yang dijahit agak sensitif, maksudnya apabila dijahit, ia putus kembali. Seingat saya, sebanyak enam kali ubat bius diberikan. Doktor turut menyarankan saya mengambil pil vitamin untuk kulit.
Apakah sebenarnya ketumbuhan itu? Adakah saya perlu membuat pembedahan? Adakah cara lain untuk merawatnya?
Apakah jenis vitamin yang sesuai untuk saya? Sekiranya saya melahirkan anak lagi, adakah perkara sama akan berulang?
Safi,
Kuala Lumpur
JAWAPAN
BERKEMUNGKINAN kedua-dua masalah tidak berkaitan. 'Ketumbuhan' yang anda maksudkan perlu disahkan jenisnya memandangkan terdapat dua pendapat berbeza.
Eloklah anda berjumpa doktor pakar, sama ada pakar sakit puan ataupun pakar bedah am untuk pemeriksaan. Sekiranya ia buasir, ia mudah diubati tetapi boleh berulang jika faktor risikonya masih berlaku (seperti sembelit, batuk berpanjangan atau kehamilan).
Bagaimanapun, buasir jarang memberi masalah ketika hubungan seks. Sekiranya ia daging lebih, ia juga boleh dibuang dan dibuat pemeriksaan histopatologi untuk memastikan jenis ketumbuhan terbabit (lazimnya bengkak lipoma).
Masalah menjahit semula kawasan kemaluan selepas bersalin boleh disebabkan oleh proses meneran yang panjang (ia mungkin tidak disedari) menyebabkan tisu atau daging berkenaan membengkak dan menjadi 'lembut' sehingga koyak semula atau ditembusi sewaktu menjahit kembali. Ia mungkin sudah sembuh sepenuhnya kini.
Pengambilan vitamin tambahan mungkin tidak perlu jika anda mengamalkan pemakanan seimbang.
(Sumber Harian Metro)
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Tiada ulasan:
Catat Ulasan