Label

RISAU KITARAN HAID TAK MENENTU SUKARKAN POTENSI HAMIL (SAKIT PUAN)

SOALAN

SAYA berusia 21 tahun dan baru berkahwin. Kitaran haid saya memang tidak menentu. Adakalanya datang haid sebulan sekali dan adakalanya tidak datang haid sehingga enam bulan.

Sejak berkahwin, berat badan saya meningkat. Adakah ia berpunca daripada hubungan kelamin bersama suami? Adakah masalah kitaran haid itu juga boleh menjejaskan peluang untuk hamil?

Priska,
Taman Perling, Johor Bahru.

JAWAPAN

TERDAPAT beberapa punca kitaran haid tidak teratur, di antaranya adalah ketiadaan proses pengeluaran telur, masalah ini dinamakan anovulasi.

Elok anda menjalani pemeriksaan awal oleh pakar sakit puan. Pemeriksaan fizikal dan ujian mudah dapat membantu mengenalpasti sama ada ia berkait dengan masalah kesuburan.

Hubungan kelamin sepatutnya melibatkan pembakaran/penggunaan kalori, bukannya menambah kegemukan wanita atau lelaki.

Barangkali corak pemakanan dan kurang aktiviti fizikal yang menyumbang kepada penambahan berat badan seseorang dewasa.

Usia anda yang masih muda memberi lebih peluang kejayaan kehamilan berbanding sekiranya anda lebih berusia kelak.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan