SOALAN
APAKAH kesan penggunaan sinaran-X kepada ibu mengandung?
Zakri,
Kuala Lumpur
JAWAPAN
SUKAR untuk menjawab soalan anda dengan pasti. Kajian yang dilaporkan hanyalah berdasarkan kes yang sudah berlaku saja (retrospektif) dan bukan prospektif. Hasilnya menunjukkan tiada peningkatan risiko dari segi kecacatan dan keguguran janin mahupun risiko kanser kepada ibu hamil itu.
Risiko kanser akibat sinaran-X dilaporkan sangat kecil (kurang daripada satu dalam sejuta). Kesan risiko kepada kandungan dan ibu lebih bergantung kepada dos sinaran-X yang diterimanya.
Boleh dikatakan sinaran-X yang digunakan dalam pemeriksaan diagnostik lazimnya tidak mendatangkan bahaya kepada kandungan memandangkan dos pancarannya sangat rendah (kurang daripada 5rad).
Kecacatan mental bayi dikaitkan dengan penerimaan pancaran sinaran-X melebihi 10rad (ataupun 10,000 milirad). Namun, kebanyakan ujian menggunakan sinaran-X dalam dos yang jauh lebih kecil.
Contohnya, sinaran-X dalam menganalisis pergigian hanyalah sebanyak 0.01 milirad, sinaran-X dada sebanyak 60 milirad, sinaran-X abdomen sebanyak 290 milirad dan ujian imbasan CT sebanyak 800 milirad.
Bagaimanapun, ibu hamil dinasihatkan agar memberitahu doktor mengenai kehamilannya bagi mengelakkan ujian sinaran-X yang tidak perlu.
Dalam keadaan yang memerlukan sinaran-X, lazimnya satu alat dipakai pada kawasan abdomen sebagai pelindung kepada kandungan.
Walaupun teknologi ultrabunyi kini semakin canggih dan paparan gambarannya semakin jelas, kesan keseluruhan kepada bayi hanya dapat dinilai sepenuhnya selepas kelahiran sehinggalah sepanjang tempoh pembesarannya.
(Sumber Harian Metro)
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Tiada ulasan:
Catat Ulasan