Label

KELUAR DARAH SELEPAS BERSAMA (SAKIT PUAN)

SOALAN

SAYA berumur 25 tahun dan berkahwin setahun lalu. Saya dan suami tinggal berasingan kerana soal kerja dan kami bertemu hanya sebulan sekali. Cuma, setiap kali melakukan hubungan, alat kelamin saya berdarah.

Adakah ia normal? Adakah ia berkaitan dengan selaput dara? Saya juga mengalami masalah keputihan berbau dan keluar dengan banyak. Ia berwarna agak kehijauan. Saya sebenarnya malu untuk ke klinik mendapatkan rawatan. Apakah yang harus saya lakukan?

Sha,
Ipoh.

JAWAPAN

PEMERIKSAAN dalaman oleh doktor dapat mengenal pasti punca pendarahan terbabit. Pendarahan dari bahagian dalaman kemaluan tidak semestinya berpunca daripada koyakan selaput dara saja.

Ia juga merupakan laluan untuk pendarahan disebabkan penyakit rahim (uterus), pintu rahim (serviks), faraj (vagina), selaput dara ataupun tiub falopio (ini jarang berlaku). Pendarahan selepas hubungan seks pula mungkin lebih berkemungkinan daripada penyakit atau luka pada serviks, vagina atau selaput dara.

Sewaktu pemeriksaan dalaman, penggunaan alat spekulum membolehkan doktor melihat secara langsung keadaan dalaman kemaluan anda sehingga ke bahagian penghujung atas permukaan vagina dan permukaan serviks.

Pada masa sama, ujian pap smear juga boleh dilakukan di samping pengambilan sampel lelehan yang anda alami bagi ujian kultur dan sensitiviti untuk mengesan kuman bakteria serta kulat. Lelehan warna kehijauan lazimnya berpunca daripada jangkitan kuman trichomonas, namun ia tidak semestinya begitu.

Jangkitan trichomonas boleh membabitkan vagina serta serviks menyebabkan vaginitis dan servisitis, saluran kencing uretra wanita dan lelaki, ia juga boleh menghasilkan luka ulser kecil pada dinding faraj dan serviks. Bagaimanapun, ia tidak dikesan melalui ujian kultur jika ia sejenis organisma protozoa.

Penting untuk mengetahui sama ada anda mengalami jangkitan kuman ataupun tidak. Jika ada, apa jenis kuman terbabit serta rawatan bersesuaian.

Selain itu, adakah jangkitan ini bersifat dijangkiti secara seksual kerana pasangan anda juga perlu dirawat bagi mengelakkan dia dijangkiti ataupun sebaliknya menjangkiti semula anda. Anda juga boleh bertanyakan doktor sama ada anda perlu menjalani ujian berkaitan jangkitan seksual.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan