Label

KETUMBUHAN 'DEKAT RAHIM' (SAKIT PUAN)

SOALAN

SAYA berusia 22 tahun dan pernah menggugurkan bayi tahun lalu kerana tidak bersedia dari segi kewangan.

Waktu pengguguran itu, doktor beritahu saya mempunyai ketumbuhan dekat rahim. Doktor pakar turut mengesahkan ketumbuhan bersaiz 10 milimeter (mm) x 60 mm lalu menyarankan saya melakukan pembedahan.

Bagaimanapun, saya tidak hadir ketika hari pembedahan. Adakah ketumbuhan itu akan membesar? Adakah cara lain untuk membuangnya selain pembedahan? Apakah punca ketumbuhan itu? Adakah saya boleh hamil lagi?

Rini,
Batang Kali, Selangor

JAWAPAN

ANDA
tidak menyatakan dengan pasti lokasi ketumbuhan terbabit, dekat rahim boleh bermaksud pada rahim atau berhampiran rahim.

Doktor anda mungkin sudah memberitahu nama ketumbuhan berkenaan serta apa yang akan dibuang ketika pembedahan itu. Jika ada, ia lebih mudah untuk dibincangkan.

Ketumbuhan dalam dinding rahim atau dalam ovari lebih berbentuk bulat atau hanya sedikit lonjong. Ketulan berbentuk lebih lonjong seperti yang anda nyatakan (10 mm x 60 mm) pula jarang berada dalam rahim atau ovari. Sukar untuk meneruskan perbincangan tanpa mendapat maklumat lebih lanjut.

Anda dinasihatkan menjalani pemeriksaan doktor untuk mengetahui perubahannya. Usia anda yang masih muda memberi anda peluang kehamilan yang tinggi.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan