Label

PIL PERANCANG JEJAS HUBUNGAN KELAMIN (SAKIT PUAN)

SOALAN

SAYA sudah berkahwin selama empat tahun dan mempunyai anak berusia tiga tahun. Selepas kelahiran anak itu, isteri saya mendapat kebenaran doktor menggunakan pil perancang dan kini sudah hampir tiga tahun dia menggunakannya. Persoalannya, saya ingin tahu mengenai kecenderungan mengambil pil perancang terhadap hubungan kelamin.

Setiap kali melakukan hubungan kelamin dengan isteri, kemaluannya tidak mengeluarkan cecair seperti mana sebelum dia mula mengambil pil perancang dulu.

Semasa hubungan kelamin, adakah isteri boleh hamil walaupun mengambil pil perancang jika pancutan air mani dibuat ke dalam kemaluan isteri?

Bagaimana memulihkan semula hubungan kelamin terutama masalah kekeringan pada wanita yang mengambil pil perancang?

Ingin Tahu,
Kuala Lumpur

JAWAPAN

SEELOKNYA anda membawa isteri berjumpa doktor untuk berbincang lanjut bagi mengetahui punca masalah isteri anda. Ini kerana masalah kurang nafsu seks (kekeringan adalah satu petandanya) hanya dialami oleh segelintir saja wanita yang mengamalkan kaedah pil perancang.

Ada faktor lain yang mungkin turut menyumbang kepada masalah ini seperti penyusuan badan (akibat peningkatan hormon prolaktin), kebimbangan wanita terhadap keadaan fizikalnya yang dirasakan kurang menarik berbanding sebelum hamil, kesibukan menjadi ibu, masalah peribadi dan seumpamanya.

Anda mungkin boleh berbincang dari hati ke hati dengan isteri anda terlebih dulu.

Pil perancang yang diambil menurut aturan memberi risiko kehamilan yang sangat rendah (kurang daripada satu peratus) walaupun pancutan air mani berlaku di dalam faraj.

Ini kerana pil perancang menghalang berlakunya ovulasi (pengeluaran telur), maka sperma yang masuk ke dalam rahim dan kemudiannya tiub falopio tidak berpeluang untuk menemui telur.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan