Label

REMAJA ALAMI MASALAH PUTING PAYUDARA TERSOROK (SAKIT PUAN)

SOALAN

SAYA berusia 17 tahun yang mengalami masalah puting payu dara. Rakan sebaya menyatakan mereka mempunyai puting payu dara sedangkan payu dara saya tidak berputing.

Saya bertubuh kecil namun rakan yang bertubuh kecil seperti saya sudah mempunyai puting payu dara. Adakah ketiadaan puting payu dara itu sesuatu yang normal? Bila puting berkenaan seharusnya timbul?

Nik
Sentul, Kuala Lumpur.

JAWAPAN

BERJUMPALAH doktor untuk kepastian mengenai keadaan anda. Mungkin anda mempunyai puting payu dara tetapi tersorok ke dalam.

Keadaan ini dinamakan inverted nipple. Jika benar, ia boleh dibetulkan namun teknik ini memerlukan kesungguhan dan kesabaran.

Anda boleh mencuba meletakkan ibu jari dan jari telunjuk di bahagian areolar pada sempadan luar pangkal kawasan puting sepatutnya terletak, kemudian menggerakkan kedua-dua jari terbabit ke arah bertentangan untuk “membuka” kawasan puting dan membolehkan puting timbul keluar.

Pada awalnya, puting mungkin termasuk semula ke dalam, namun lama-kelamaan ia akan kekal berada terkeluar daripada permukaan kawasan terbabit. Ini mungkin mengambil masa berbulan-bulan, ia memerlukan ketekunan.

Anda boleh mengamalkannya pada waktu lapang seperti sewaktu mandi atau hendak tidur. Inverted nipple lazimnya suatu keadaan yang tidak bahaya, ia juga tidak menghalang penyusuan badan sekiranya menggunakan teknik yang betul.

Ada juga keadaan puting ini sebenarnya termasuk ke dalam akibat tarikan oleh tisu fibrous di dalam payu dara, ini mungkin memerlukan sedikit pembedahan membebaskan tarikan berkenaan.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan