Label

SENGGUGUT TAK SEMESTINYA TIDAK SUBUR (SAKIT PUAN)

SOALAN

ADAKAH benar jika seseorang yang mengalami senggugut dan mengambil ubat senggugut setiap bulan berisiko untuk sukar mendapat anak apabila berkahwin kelak?

Nurshila,
Jitra Kedah

JAWAPAN

SAYA kurang jelas dengan makna soalan anda. Adakah anda bermaksud senggugut peringkat teruk (sehingga perlu mengambil ubat) berisiko sukar hamil ataupun adakah anda maksudkan ubat senggugut jika diambil boleh menyebabkan sukar hamil?

Bagaimanapun, penerangan am di bawah dapat dijadikan panduan.

Senggugut sering dikaitkan dengan masalah kesuburan, namun sebenarnya ia tidak semestinya begitu. Terdapat satu penyakit (endometriosis) yang sering dikaitkan dengan senggugut, ia juga tidak semestinya begitu.

- Endometriosis tidak semestinya berkait dengan masalah kesuburan. Terdapat wanita yang mengalami endometriosis teruk tetapi tidak mempunyai masalah kesuburan malah melahirkan ramai zuriat.

Malah ada wanita yang dikesan mempunyai endometriosis hanya sewaktu pembedahan melahirkan anak.

- Bagaimanapun, kajian mendapati wanita yang mengalami endometriosis peringkat teruk lebih mengalami kesukaran hamil, namun seperti yang dinyatakan di atas ia tidak semestinya begitu.

Bagi endometriosis peringkat sederhana dan peringkat ringan, tiada kaitan antara endometriosis dengan kesukaran hamil.

- Endometriosis boleh menyebabkan senggugut, namun ia tidak semestinya begitu. Ada wanita yang mempunyai endometriosis tetapi tiada senggugut. Sebaliknya ada wanita yang tidak mengalami senggugut, tetapi didapati mempunyai endometriosis.

- Jika adapun, tahap keterukan senggugut tiada kaitan langsung dengan tahap keterukan endometriosis. Ada wanita yang tiada atau hanya mengalami sedikit senggugut tetapi didapati mempunyai endometriosis peringkat teruk. Begitu juga sebaliknya.

- Tahap keterukan endometriosis bukanlah ditentukan oleh simptom (contohnya keterukan senggugut atau sakit pelvis), pemeriksaan fizikal atau ujian ultrabunyi, tetapi hanya dapat dibuat secara lengkap melalui penilaian secara langsung (iaitu pembedahan) ke atas keseluruhan organ yang terbabit.

- Senggugut juga boleh disebabkan oleh penyakit lain, tidak semestinya endometriosis saja.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

1 ulasan:

  1. Askum.. Sya nk tnya priod sya mseh blm dtg.. Awl thon ini priod sya brtkaq tarikh pd 1 aqi bln pd stiap bln.. Tp tba2 bln ini mseh jgk x dtg sbb skrg dh 4 hari bln.. Tnda2 nk dtg haid sya dh ad sprti sket kpla, sket pngang dan snggut.. Tp ttap jgk blm dtg.. Ap yg prlu sya lakukn.. Klw nk p bt pmrksaan kt klnik mmng sya x akn prgi.. Tlng bntu sya..

    BalasPadam