SAYA berusia 19 tahun dan sudah enam bulan mendirikan rumah tangga. Pada awal bulan lalu, saya disahkan hamil tetapi tidak bertahan lama. Dua minggu kemudian saya dapati ada darah yang keluar seperti darah haid.
Saya bertemu doktor dan disahkan mengalami keguguran. Doktor ada menyarankan supaya saya melakukan rawatan untuk mencuci rahim kerana ada tisu yang masih tertinggal dalam rahim tetapi saya tidak melakukan rawatan itu sehingga kini.
Apa yang membimbangkan walaupun sudah lebih sebulan, darah yang keluar masih tidak berhenti dan ini mengganggu hubungan saya bersama suami.
Sejak kebelakangan ini, saya juga sering berasa sakit di perut seperti senggugut dan di bahagian belakang. Apakah keadaan saya ini memudaratkan? Apakah yang harus saya lakukan?
Nur,
Kuala Lumpur
ANDA dinasihatkan berjumpa pakar sakit puan. Jika benar anda hamil dan kemudiannya keguguran, terdapat beberapa kemungkinan pengakhiran keguguran terbabit sama ada:
• Seluruh kandungan yang tertinggal itu akhirnya habis keluar. Dalam keadaan ini tidak perlu menjalani prosedur cuci.
• Seluruh kandungan yang tertinggal itu diserap oleh tubuh melalui proses ‘resopsi spontan’. Ini juga tidak memerlukan prosedur cuci. Memadai jika diberikan ubat antibiotik.
• Ada yang keluar tetapi akhirnya masih ada lagi tertinggal. Ini memerlukan prosedur cuci dan lazimnya diberikan perlindungan antibiotik. Keadaan ini boleh mengakibatkan komplikasi panjang.
Kandungan yang tertinggal mendedahkan risiko jangkitan kuman yang boleh membahayakan wanita (sehingga mengalami sepsis), gangguan pembekuan darah (disebut DIVC) dan kerosakan rahim (endometritis) sehingga mengganggu kesuburan kelak.
Pendarahan berpanjangan dan sakit bahagian bawah kawasan perut boleh disebabkan endometritis.
(Sumber Harian Metro)
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Tiada ulasan:
Catat Ulasan