SAYA melahirkan anak pertama pada November 2011 dengan kaedah Ceasarean disebabkan ‘foetus distress’.
Selepas lapan bulan bersalin, saya disahkan mengandung semula dan kini usia kandungan mencecah empat bulan.
Adakah saya mampu melahirkan anak secara normal atau terpaksa melakukan pembedahan? Berapakah jumlah anak yang mampu saya peroleh setelah melalui kaedah Caesarean? Apakah risiko yang bakal saya lalui?
Noraina,
Kajang, Selangor
IBU hamil yang pernah menjalani pembedahan Caesarean sebanyak sekali sebelum ini masih boleh melahirkan bayi secara normal hanya jika pembedahan terbabit jenis segmen bawah (LSCS) dan ibu itu juga tidak pernah menjalani pembedahan ke atas rahim seperti membuang fibroid submukosa histerotomi dan seumpamanya.
Bagaimanapun, ia juga bergantung kepada keadaan kandungan sekarang. Kandungan kembar, uri bawah (plasenta previa) atau kandungan songsang antara faktor wanita ini perlu menjalani pembedahan Caesarean. Maka, eloklah anda bertanya doktor anda mengenai keadaan kandungan anda.
Lazimnya setelah sekali menjalani pembedahan LSCS, wanita boleh mempunyai anak dalam bilangan yang dikehendaki, tetapi biarlah mendapat penilaian dan pandangan doktor terlebih dulu.
Semakin banyak bilangan kehamilan dan kelahiran, semakin tinggi risiko tumpah darah selepas bersalin, insiden uri bawah (maka semakin tinggi risiko memerlukan pembedahan LSCS), risiko penyakit berkait usia dan seumpamanya.
(Sumber Harian Metro)
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Tiada ulasan:
Catat Ulasan