Label

SAKIT ATAS PERUT (SAKIT PUAN)

SAYA berumur 30 tahun dan tahun ini masuk tahun keempat usia perkahwinan saya.

Pada tahun pertama perkahwinan, saya disahkan mempunyai cyst yang ‘normal’. Dalam tempoh setahun saya melakukan pemeriksaan doktor, cyst pun hilang.

Pada penghujung 2011, perut saya sering rasa tidak selesa dan apabila didatangi haid, saya pasti mengalami senggugut yang amat teruk. Doktor memberitahu, ia bukan cyst yang biasa seperti sebelum ini, tetapi ia adalah endometriosis.

Saya melakukan pembedahan pada Oktober tahun lalu. Selepas pembedahan, doktor memberikan suntikan lucrin pada saya menyebabkan saya tidak datang haid selama empat bulan.

Doktor menyatakan saya akan mengalami proses menopaus sementara dan apabila didatangi haid pertama selepas itu, ia banyak dan menyakitkan. Alhamdulillah ketika haid pertama itu, saya tidak mengalami sakit yang teruk cuma senggugut biasa.

Tetapi, selepas haid kali kelapan, saya kembali merasakan sakit di bahagian bawah ari-ari, di kawasan pelvis, di bahagian pinggang dan terbaru saya rasa sakit di atas perut. Saya berasa amat tidak selesa.

Adakah endometriosis itu datang semula? Adakah sebarang amalan pemakanan yang baik untuk mereka yang menghidapi endometriosis seperti saya? Apakah saranan doktor dari segi pengambilan suplemen yang sesuai untuk saya memandangkan saya masih belum berpeluang memiliki zuriat.

Zai,
Johor Bahru, Johor.

ENDOMETRIOSIS adalah penyakit yang sering berulang kerana wanita sentiasa menghasilkan hormon estrogen kecuali selepas menopaus (dan sebelum baligh). Keadaan ini bertambah teruk apabila wanita tidak subur telur ovarinya (tidak menghasilkan hormon progesteron yang melawan tindakan hormon estrogen).

Secara teori, terdapat makanan yang dikatakan mengandungi bahan estrogenik seperti soya dan susu. Lebih penting adalah mengambil pemakanan berkhasiat dan cukup vitamin bagi memastikan sistem pertahanan badan anda kuat melawan atau ‘memakan’ sel endometriosis yang baru sampai dari limpahan haid (tisu endometrium) ke luar dari ruang terdalam rahim.

Tidak semua wanita yang mengalami endometriosis mempunyai masalah kesuburan, tetapi elok anda menjalani pemeriksaan terlebih dulu.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan