Label

KITARAN HAID TAK TERATUR (SAKIT PUAN)

SAYA kini berusia 34 tahun dan sudah berkahwin. Saya mempunyai masalah haid tidak normal.

Buat pengetahuan doktor, sebelum ini haid saya normal setiap bulan iaitu antara tujuh hingga sembilan hari. Tetapi, sejak kebelakangan ini, kitaran haid saya menjadi 15 hari dan tidak teratur.

Darah yang keluar juga terlalu banyak dan kadangkala berketul-ketul. Saya sudah berjumpa doktor dan didapati tiada masalah fibroid. Namun baru-baru ini, haid saya berhenti pada hari ke-15, tetapi tiga hari kemudian keluar darah sedikit sehingga tarikh haid berikutnya.

Adakah ia tanda penyakit berbahaya? Adakah Pap smear boleh dilakukan dalam keadaan saya ini?

Sha,
Shah Alam, Selangor.

ADAKAH
anda mengambil sebarang ubat atau produk yang mungkin berhormon? Perubahan corak haid lazimnya disebabkan tiga perkara asas:

- Masalah penebalan dan pematangan lapisan yang membentuk haid (endometrium). Ini boleh disebabkan oleh stres, masalah ovulasi, pengambilan hormon atau produk yang mungkin mengandungi hormon.

- Masalah ketumbuhan pada lapisan terdalam rahim seperti polip endometrium, polip fibroid sub-mukosa, hyperplasia endometrium atau kanser endometrium.

- Peradangan dalam rahim (endometritis) yang lebih lazim disebabkan oleh jangkitan kuman.

Penyakit berbahaya juga boleh memberi petanda sedemikian. Itu sebabnya doktor akan menyiasat lebih lanjut bagi mengenepikan kemungkinan terbabit.

Pap smear adalah ujian serviks (pangkal rahim) sedangkan haid terbentuk pada bahagian sebelah atasnya iaitu badan rahim. Pap smear normal tidak bermakna badan rahim anda juga normal.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan