Label

RUNSING INGIN MILIKI ANAK (SAKIT PUAN)

SAYA suri rumah berumur 27 tahun dan sudah hampir dua tahun berkahwin. Masalahnya, saya disahkan menghidap endometriosis pada ovari kanan. Hal ini terjadi ketika saya keguguran anak sulung pada akhir 2012 serta kandungan baru mencecah usia tujuh minggu.

Doktor di hospital yang merawat mengatakan terdapat dua ketumbuhan dan saiznya kecil iaitu kurang daripada lima sentimeter. Saya juga dimaklumkan keadaan itu tidak serius, kemungkinan ia akan hilang dengan sendiri dalam tempoh beberapa bulan.

Selepas hampir tiga bulan, saya terus berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan lanjut. Semasa imbasan, doktor mengenal pasti terdapat ovari cyst (jenis air) pula di ovari kiri dan kanan tetapi ketumbuhan endometriosis itu sudah hilang.

Pada mulanya saya disarankan oleh doktor agar mengambil pil perancang selama tiga bulan dengan tujuan untuk mengawal serta membantu mengecutkan cyst. Dalam tempoh berkenaan, cyst semakin mengecil. Namun begitu, setelah berhenti mengamalkannya cyst terbabit membesar semula.

Saya kemudian dicadangkan untuk berusaha hamil secepat mungkin kerana dengan secara semula jadi, ia juga dapat menghilangkan cyst. Kini sudah dua bulan saya mencuba, namun masih belum berjaya. Saya semakin runsing dan bimbang kerana sememangnya saya ingin sekali mempunyai cahaya mata. Apakah pandangan doktor mengenai masalah ini? Adakah saya perlu menggunakan kaedah lain untuk mengatasi masalah berkenaan?

Suha,
Johor

CYST yang berada selama lebih tiga bulan lazimnya adalah cyst penyakit, eloklah ia dibuang dan disahkan jenisnya melalui ujian makmal.

Sebelum itu, imbasan ultrabunyi dapat membantu doktor membuat telahan mengenai jenis cyst terbabit. Anda tidak menyatakan ukuran cyst itu sekarang. Hamil dengan cyst sebesar lima sentimeter atau lebih; mendatangkan risiko ovari yang mengandungi cyst terbabit terpintal pada tangkainya.

Ini boleh berlaku sewaktu proses rahim membesar, tetapi lebih berkemungkinan berlaku sewaktu rahim mengecil semula selepas bersalin (waktu berpantang).

Jika anda memilih untuk membuang cyst terbabit secara pembedahan, ia mungkin boleh dilakukan secara laparoskopi.

Pada masa sama, doktor dapat memeriksa organ berkait dengan kehamilan iaitu tiub fallopio, rahim, ovari, ruang pelvis dan seumpamanya. Ini juga dapat mengelakkan kemungkinan anda harus menjalani pembedahan membuang cyst jika terpaksa terutama apabila berlaku komplikasi terpintal atau pecah berdarah sewaktu kehamilan atau selepas anda melahirkan kelak, secara logistiknya juga lebih menyukarkan anda yang hamil atau bayi masih kecil.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan