MANUSIA dianugerahkan Tuhan naluri dan nafsu syahwat yang tercetus sejak peringkat janin di dalam rahim ibu lagi. Ia kemudian berkembang dan menjadi semakin mantap bermula dari peringkat baligh remaja sehingga dewasa dan kekal ke akhir hayat.
Bayi di dalam perut ibu mendapat pemantapan sistem syahwat melalui hormon syahwat yang dikeluarkan oleh ibu. Hormon ibu ini mempengaruhi pembentukan anggota syahwat dan sistem urat saraf berkenaan.
Proses orientasi seks pula bermula dengan fasa ‘oral’ atau mulut dan bayi mendapat keselesaan serta ketenangan melalui rangsangan bahagian ini. Perkembangan kemudian beralih kepada fasa ‘anal’ atau lubang najis dan ‘urethral’ atau lubang kencing.
Proses orientasi seksual berterusan sehingga dewasa dan ke peringkat lanjut usia. Tidak menghairankan jika penghayatan seks untuk individu berubah-ubah, iaitu peningkatan daripada tiada penghayatan kepada ada penghayatan, dan meningkat dari peringkat remaja dan dewasa tetapi menurun apabila usia mula semakin tua.
Bagi individu yang menjalani proses pengenalan diri atau seksualitinya, dia akan menikmati perasaan syahwat yang berubah-ubah mengikut mood dan emosinya.
Justeru, adalah biasa jika seseorang itu berasa tidak seronok dalam keadaan tertentu ketika berdampingan dengan pasangan, tetapi seronok yang tidak terhingga dalam keadaan berbeza.
Ia sama seperti penghayatan rangsangan syahwat yang juga berbeza ketika usia muda dan lebih dewasa, juga sebelum melahirkan anak serta selepas melahirkan anak.
Ada juga keadaan yang dapat meningkatkan perasaan keberahian atau mencetuskan perasaan syahwat seperti tempat, pakaian, bauan, objek serta keadaan tertentu.
Fenomena ini dikenali sebagai ‘fetishes’ atau ‘fetishesme’ yang juga boleh berubah-ubah untuk seseorang itu dalam penghayatan rangsangan syahwat.
Sememangnya proses penghayatan syahwat berubah-ubah dan biasanya perubahan itu positif atau kepada yang lebih baik serta seronok. Namun, kadangkala perubahan itu negatif, iaitu kepada perubahan yang tidak menyeronokkan.
Jika ini berlaku, tentu ia akan mendatangkan masalah kepada pasangan dan perlu dipulihkan sama ada secara perbincangan bersama, dengan doktor atau pembimbing seks.
Jangan mudah terpengaruh kepada maklumat akademik atau kata orang. Apabila tidak berlaku seperti tertulis dalam buku atau ‘kata orang’, ia dianggap sebagai perkara luar biasa.
Penghayatan seks atau hubungan intim pada usia muda membabitkan individu yang masih ‘mentah’ itu belum tahu atau mengenali seksualitinya tidak akan berjalan lancar, kecuali selepas mula membuka minda, mempelajari, memahami dan menerokai hubungan yang terjalin.
Sentuhan dan belaian adalah sebahagian daripada hubungan intim dan jika itu selesa, pasangan berkenaan perlu teruskan kepada sentuhan lebih intim.
Ketika melakukannya, mereka perlu faham dan menikmatinya bersama pasangan idaman sambil meneroka alam keseronokan syahwat dengan sepenuh perasaan.
Pasangan yang dilamun cinta dan berkasih sayang perlu tingkatkan pengetahuan mengenai hubungan keintiman dengan membaca buku panduan seks mengikut kesesuaian dan batasan mereka supaya dapat meluaskan penghayatan serta pengalaman dalam keintiman dan keseronokan syahwat.
Kajian menunjukkan keseronokan syahwat dan keintiman seksual menyegarkan kesihatan pasangan, meningkatkan tahap kesihatan ke paras tinggi dengan peningkatan sistem kawalan penyakit atau imuniti, selain mencegah serangan sakit jantung dan kawalan darah tinggi. Ia juga mengawal kesihatan mental dan proses penuaan.
Pastikan pelita naluri dan nafsu syahwat yang berkelip-kelip itu menjadi api yang menyala dan kekal menyala.
(Sumber Harian Metro)
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Tiada ulasan:
Catat Ulasan