SOALAN
SAYA mendirikan rumah tangga pada Januari lalu, tetapi sehingga hari ini saya belum dapat lagi memasukkan zakar ke dalam faraj isteri. Setiap kali hendak memasukkannya isteri saya mengadu sakit. Umur saya 37 tahun manakala isteri 28 tahun. Apa perlu saya lakukan?
Rahman,
Johor Bahru
JAWAPAN
LELAKI memerlukan kerjasama wanita untuk menyalurkan zakarnya ketika bersetubuh. Pasangan perlu melegakan pembukaan faraj, memegang dan menghalakan ereksi pasangan ke pembukaan faraj dengan melegakan ruang faraj supaya mudah untuk zakar masuk.
Tanpa melegakan pembukaan dan ruang faraj, memang sukar menyalurkan zakar ke dalam faraj. Jika dalam keadaan risau, sukar untuk wanita itu memberi tumpuan. Dia akan mencengkam faraj, menyebabkan pembukaan faraj tidak kelihatan.
Jika bayi yang besar itu boleh keluar dari faraj dengan mudah, tiada sebab kenapa zakar tidak dapat memasuki faraj.
Kemungkinan besar isteri anda mengalami masalah mengawal pembukaan farajnya. Dalam keadaan takut atau risau, kawalan faraj tiada dan faraj boleh mencengkam tanpa kawalan. Keadaan ini dikenali sebagai ‘Vaginismus’.
Isteri anda perlu menemui pakar untuk menyelesaikan masalahnya. Dapatkan cakera padat video (VCD) ‘Cinta, Perkahwinan dan Kesihatan Seksual’ di pasaran. Ada banyak maklumat mengenai cara mengendalikan malam pertama.
(Sumber Harian Metro)
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Tiada ulasan:
Catat Ulasan