Label

KELIRU AIR MANI DENGAN MAZI (SAKIT TUAN)

SAYA berumur 20 tahun dan kini mengalami masalah pada alat sulit. Setiap kali beronani, saya tidak dapat mengeluarkan air mani, sebaliknya hanya air mazi.

Selain itu, buah zakar sebelah kanan lebih besar berbanding kiri.

Adakah saya mandul atau hidap penyakit kelamin?

LELAKI MALANG
Melaka

AIR mani ialah cecair yang keluar ketika lelaki mimpi basah atau mencapai ejakulasi ketika kemuncak seksual.

Cecair juga boleh keluar dari salur kencing apabila lelaki teruja seksual yang terjadi ketika berkhayal seksual. Cecair ini bukan air mani tetapi air mazi.

Jarang air mazi mengandungi sperma memandangkan sperma yang keluar ketika lelaki mencapai ejakulasi sebilangannya boleh tertinggal dalam Pundi Cowper atau prostat dan pepundi dalam salur kencing.

Ia boleh keluar sekali apabila cecair dari pepundi salur kencing mencurahkan cecair jernih keluar sebagai air mazi. Air mazi juga boleh keluar ketika lelaki mengemut selepas kencing.

Mengemut membuatkan cecair dari pundi Cowper keluar sebagai cecair mengakhiri air kencing. Ia jernih dan melekit-lekit. Jarang cecair berwarna kelabu jernih keluar ketika lelaki meneran ketika membuang air besar.

Cecair yang keluar ialah air mazi yang terhasil daripada tekanan najis yang keluar daripada usus besar kepada pundi prostat.

Ada juga lelaki sangat mudah menghasilkan cecair jernih yang banyak keluar dari salur kencing ketika dalam keadaan teruja seksual. Fenomena ini dikenali sebagai ‘resdung zakar’.

Jika ini berlaku, anda terpaksa memakai pelapik atau ‘pad’ seperti wanita untuk menyerap cecair berkenaan.

Jadi, ketika lelaki melakukan hubungan seksual atau mengurut zakar dan mencapai kemuncak seksual, cecair yang keluar ialah air mani.

Jika mengurut zakar dan teruja seksual tetapi tidak mencapai kemuncak rangsangan seksual, cecair jernih yang keluar ialah air mazi.

Ketika lelaki merangsang anggota kelaminnya dengan mengurut atau melakukan onani, darah akan masuk dengan banyak ke dalam buah zakar dan pundi prostat.

Jika ejakulasi tidak berlaku, kedua-dua buah zakar akan rasa senak atau ‘congested’ atau kembang. Perasaan ini boleh berlaku kepada satu atau kedua-dua buah zakar.

Malah, jika ejakulasi tidak berlaku, pangkal pundi kencing di mana letaknya pundi prostat, akan terasa senak apabila pundi prostat kembang atau ‘congested’.

Sesetengah lelaki mendapati jika perkara itu berlaku, mereka rasa lebih selesa apabila mereka mencapai orgasma. Jika tiada cadangan meneruskan urutan zakar, mereka boleh tuam dengan pek ais dibalut dengan kain kepada kedua-dua buah zakar.

Mengenai ketidakseimbangan buah zakar, itu perkara biasa. Jika perbezaan ketara, perlu berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan.

Mengenai kemandulan, ini hanya boleh diketahui selepas menjalani ujian air mani.

Jika lelaki itu tidak mempunyai sperma langsung dan perkara ini diselidik dengan teliti dan masih kekal tiada sperma, lelaki itu dianggarkan mandul.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan