Label

ISTERI HAMIL ANGGUR 2 KALI (SAKIT TUAN)

SAYA berumur 34 tahun dan berkahwin lapan tahun lalu. Saya ada dua cahaya mata dan dalam proses mendapatkan anak ketiga. Begitupun, usaha kami selalu gagal kerana isteri mengalami ‘molar pregnancy’ (kehamilan anggur) dua kali. Apa perlu kami lakukan?

NAIM
Terengganu

ALHAMDULILLAH, anda dan pasangan menimang dua cahaya mata. Kehamilan anggur berlaku apabila lapisan dinding rahim dan sarung janin jadi tidak normal dan membiak menghasilkan hormon tinggi.

Situasi ini seakan-akan ‘barah’ dan perlu dikeluarkan jika ia tidak keluar secara spontan. Selepas itu, doktor akan memantau tahap hormon sehingga ia menjadi sedia kala.

Doktor tidak sarankan wanita itu hamil untuk seketika dan akan mencadangkan anda berdua menjarakkan kehamilan seketika sebelum berusaha lagi.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan