Label

MENGENDUR SELEPAS PENETRASI (SAKIT TUAN)

SAYA lelaki berumur 24 tahun dan amat gemarkan hubungan kelamin sejak berumur 18 tahun. Saya juga sering melakukan onani tapi tidak mengamalkan seks bebas.

Masalah kini ialah ketika melakukan hubungan kelamin untuk kali pertama, saya mengalami ereksi yang baik tapi sukar untuk tahan lama.

Selepas kali pertama, saya mengambil masa agak lama untuk ‘bangun’ kembali walaupun dirangsang pasangan. Malah, selepas menegang, kadangkala alat kelamin saya mengendur selepas penetrasi secara tiba-tiba.

Jika bangun tidur, kebiasaannya zakar saya akan mengalami ereksi normal tetapi jika pada malamnya saya mengadakan hubungan kelamin, keesokan paginya ia tidak akan mengalami ereksi seperti biasa. Apa masalah yang saya hadapi doktor?

Jack
Kuala Lumpur

TAHNIAH kerana anda sanggup menunggu untuk berkahwin dulu sebelum melakukan hubungan kelamin kali pertama. Anda juga menyatakan anda aktif dalam soal seks sebelum kahwin. Anda hanya mengguna tangan dan mendapat inspirasi seksual di depan skrin komputer.

Anda boleh bayangkan pengalaman itu tidak sama dengan orang yang sudah biasa melakukan hubungan kelamin dengan perempuan (dalam konteks perkahwinan). Anda banyak berkhayal dan menggunakan tangan untuk mencapai keseronokan. Selepas klimaks, anda tidak ulangi atau jarang melakukannya lagi. Jadi tidak hairan jika pengalaman seks untuk kali pertama dengan pasangan seperti yang anda jelaskan itu.

Bagaimanapun, sekurang-kurangnya anda dapat menyesuaikan diri dengan pasangan. Anda dapat berintiman dengan pasangan, melakukan sentuhan pemanasan sebelum melakukan penetrasi. Tenaga yang anda gunakan untuk itu lebih daripada tenaga yang diguna bagi melakukan onani. Tidak hairanlah jika anda letih dan tidak bermaya untuk mengulangi seks penetrasi dengan pasangan.

Dalam keadaan letih sudah tentu anda tidak dapat menghayati tidur yang biasa dikaitkan dengan pencapaian ereksi pagi. Itu bukan petanda apa-apa kerana ia berlaku atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Anda perlu bangga tidak dibelenggu dengan amalan onani lagi!

Kini anda sudah ada pasangan dan boleh dapatkan inspirasi daripadanya. Anda perlu teruskan perjuangan dengan mengamalkan gaya hidup sihat, makan makanan seimbang, melakukan senaman berkala, berhenti merokok dan jauhkan diri daripada filem lucah.

Jika badan sihat, otot tegap dan stamina kuat, anda akan dapat menghayati hubungan intim lebih bergelora dan meyakinkan bersama pasangan.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan