Label

HAID SEKALI SETAHUN (SAKIT PUAN)

SAYA berumur 25 tahun dan akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. Saya mengalami masalah jarang datang haid.

Sejak saya mula datang haid, saya hanya mengalaminya sekali dalam tempoh setahun. Saya tidak pernah pergi ke hospital atau klinik untuk mendapatkan rawatan berkaitan.

Adakah sebarang ubat-ubatan yang boleh menyelesaikan masalah saya ini? Saya takut perkara ini akan menyebabkan masalah kehamilan selepas saya berkahwin nanti.

Risau,
Selangor.

HAID yang jarang lazimnya berpunca daripada gangguan ovulasi (pengeluaran telur). Ini menyebabkan hormon yang mengatur haid (estrogen dan lebih utama lagi ialah progesteron) tidak mencukupi untuk membentuk lapisan haid pada ketebalan yang sepatutnya dan mematangkannya.

Ubat-ubatan boleh memberi kesan menyerupai hormon ini, namun ia menjadikan seseorang itu seolah-olah bergantung kepada ubat-ubatan ini kerana punca sebenar adalah dari ovari.

Eloklah anda mendapatkan pemeriksaan dan rawatan sekarang. Jika dibiarkan berterusan, ia boleh mengundang komplikasi lain. Sekiranya anda mengalami sindrom tertentu yang berkaitan dengan ketiadaan haid untuk masa yang lama, ini boleh mendedahkan anda kepada risiko kanser endometrium rahim.

Selain itu, jika gangguan pengeluaran telur ini sebenarnya berkait dengan penyakit tertentu yang turut memberi kesan lain terhadap kesihatan tubuh, rawatan awal dapat mengawal kesan terbabit dengan lebih baik. Eloklah anda dirawat secara menyeluruh dan bukannya setakat mengambil ubat atau pil mendatangkan haid saja.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan