Label

HAID TAK MENENTU (SAKIT PUAN)

SAYA berumur 21 tahun dan belum berkahwin. Dulu haid saya tidak teratur iaitu ia hanya hadir sekali dalam tempoh beberapa bulan.

Bermula tahun lalu, haid saya datang dengan kerap sehinggakan saya didatangi haid tanpa henti selama sebulan hingga dua bulan, tetapi pada kadar sedikit saja.

Saya mengalami sakit senggugut pada awal haid dan selepas lima hingga tujuh hari, sakit reda, tetapi haid masih ada. Saya tidak pernah mengambil sebarang ubat atau nasihat doktor.

Adakah saya mengalami masalah kesihatan? Apakah masalah saya ini mengganggu proses kehamilan selepas saya berkahwin kelak?

Jihah,
Kedah

MUNGKIN. Justeru, elok anda menjalani pemeriksaan doktor sakit puan berhampiran. Bergantung kepada jenis masalah dan keterukannya, ia mungkin ada atau tiada kaitan dengan kesuburan.

Selain itu, jika ia berkait dengan penyakit atau sindrom tertentu, seseorang itu juga boleh terdedah kepada risiko penyakit lain contohnya, jika haid hanya datang selang beberapa bulan tanpa mengambil rawatan.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan