SOALAN
SAYA berusia 37 tahun dan belum berkahwin. Beberapa bulan lalu saya dapati ada benjolan kecil di dinding faraj saya.
Benjolan terbabit seperti bengkak yang berbentuk bulat. Ia akan semakin membesar terutama seminggu sebelum datang haid dan akan tersembul keluar daripada pintu faraj.
Saya juga dapati lelehan saya berbau busuk ketika itu. Keadaan ini membuatkan saya rasa tidak selesa dan bimbang. Saya malu untuk bertemu pakar sakit puan dan kini, benjolan itu menjadi semakin besar serta berbentuk leper sedikit berbanding di awal kemunculannya kira-kira empat bulan lalu.
Senah,
Keramat, Kuala Lumpur
JAWAPAN
BERDASARKAN lokasi benjolan terbabit, mungkin anda mengalami bengkak kelenjar Bartholin (Bartholin cyst) yang dapat dipastikan melalui pemeriksaan doktor.
Jika benar, benjolan ini lazimnya akan semakin membesar dengan kekerapan anda mengalami rangsangan seksual. Bartholin cyst terbentuk akibat penyumbatan laluan keluar salurannya.
Rangsangan seksual yang berterusan akan menambahkan penghasilan cecair pelincir namun akibat salurannya tersumbat, cecair ini tidak dapat keluar. Sekiranya ia mengalami jangkitan kuman, cecair di dalamnya bertukar menjadi nanah yang boleh menyebabkan kesakitan, demam atau pecah dan mengeluarkan kandungan nanahnya.
Berjumpalah doktor untuk pemeriksaan. Bartholin cyst memerlukan pembedahan kecil supaya laluan baru terbentuk bagi menggantikan saluran yang tersumbat itu. Jika ia bertukar kepada abses Bartholin, pembedahan ini perlu dilakukan segera. Prosedur pembedahan ini dinamakan “marsupialization”.
(Sumber Harian Metro)
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Tiada ulasan:
Catat Ulasan