Label

SUNTIKAN BISA (SAKIT TUAN)

BEBERAPA bulan lalu, akhbar ini menyiarkan isu membesarkan zakar melalui suntikan dengan bahan peradang dan ramai lelaki yang menjalani prosedur itu dan sekian lama merana kesakitan dalam diam, mula terbuka hati untuk berjumpa doktor.

Sebilangan besar daripada mereka berjumpa saya dan rawatan sewajar diberi. Ada yang berjaya, ada juga yang tidak.

Membesarkan zakar melalui suntikan cecair peradang adalah amalan berbahaya. Suntikan ini diberi oleh pengamal tidak bertauliah yang kebanyakannya pernah bertugas sebagai ‘hospital dresser’, pembantu hospital dan ada juga tok mudim dan tabib.

Mereka melakukan prosedur ini di rumah, tanpa bius dan menggunakan jarum dan bahan penyuntik yang tidak bersih.

Kos yang mereka kenakan antara RM50 sehingga RM1,000 setiap suntikan. Kini, harganya semakin rendah kerana tiada permintaan sejak laporan Harian Metro.

Ada pelbagai bahan suntikan peradang, ada yang menggunakan cecair seperti minyak cendana, minyak pembancuh attar dan jeli silikon.

Apabila minyak ini disuntik ke bawah kulit zakar, bahagian itu meradang dan beberapa hari kemudian anggota sulit lelaki membesar dan mengembang.

Beberapa hari kemudian pula kulit zakar terasa gatal dan terpaksa digaru dan mungkin boleh melecet. Selepas itu, kulit kelihatan menebal dan sopak.

Satu ketika dulu, kedengaran beberapa doktor menggunakan vitamin campuran untuk disuntik di bawah kulit bagi menegangkan kulit atau pembentukan kulit.

Kaedah ini dikenali sebagai ‘mesotherapi’. Kaedah ini tiada asas saintifik dan didapati berbahaya.

Jika bahan suntikan itu berbahaya dan mengakibatkan keradangan, kemungkinan besar ia termasuk ke otak melalui saluran darah muka. Walaupun terapi mesotherapi diharamkan Kementerian Kesihatan, banyak klinik swasta atau klinik aesthetik mengamalkan kaedah ini secara senyap.

Orang ramai perlu tahu ia sangat berbahaya. Bayangkan kaedah mesotherapi ini diciplak sebagai kaedah untuk membesarkan zakar. Isi bawah kulit zakar meradang, mengembang dan keseluruhan zakar, kerandut dan tundun juga membesar.

Bukan sekadar zakar besar, ia hodoh, menyakitkan dan tidak boleh digunakan untuk melakukan hubungan seks.

(Sumber Berita Harian)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

1 ulasan:

  1. Salam Sejahtera, saya antara mangsa injection ke zakar akibat pengaruh kawan yg sama sama menyuntik tanpa Google dulu akibat ya. Saya mohon jika boleh diberi bantuan

    No utk dihubungi 019 6777 596
    Terima kasih

    BalasPadam