Label

KAITAN MANDUL, DARAH SEJENIS (SAKIT TUAN, SAKIT PUAN)

Soalan

ADAKAH faktor darah yang sama dengan suami, walaupun suami bukan sama saudara, boleh menyebabkan pasangan tidak memperoleh anak?

KRIS
Ampang, Selangor

Jawapan

ISU kemandulan dan kesuburan perkara yang sering dibincangkan.

Macam-macam cerita akan timbul dan satu daripadanya ialah masalah kesuburan disebabkan jenis darah suami dan isteri yang sama.

Macam mana ia boleh dikaitkan saya kurang pasti, tetapi sebenarnya tiada kaitan langsung.

Jika jenis darah suami Rh Negatif dan isteri pun sama, tiada masalah kecuali apabila darah suami Rh positif, yang mana darah janin pun Rh positif, kerana baka itu dominan.

Isteri akan menghasilkan ‘antibodi’ yang boleh mengganggu darah janin.

Hasil jangka panjang ialah keguguran janin dan itupun selepas isteri selamat bersalin beberapa kali.

Namun kini dengan rawatan pelalian, masalah ini dapat diatasi.

Pangkal rahim isteri boleh menghasilkan antibodi yang berinteraksi dengan sperma suami dan membuatkan sperma suami kaku atau bercantum antara satu dengan lain.

Adakalanya antibodi boleh dihasil oleh suami yang berinteraksi dengan sperma dalam faraj dan serviks isteri apabila terdedah dengan pangkal rahim yang mengandungi protin penggalak reaksi antibodi.

Semua sperma suami akan kaku. Ini hanya ada kaitan dengan penghasilan antibodi dalam darah. Perkara ini jarang berlaku iaitu kurang satu peratus.

Saya harap puan jangan mudah sangat terpengaruh dengan cakap orang mengenai punca kemandulan manusia.

Memang banyak cerita dongeng dan fiksyen sains. Jumpa doktor atau baca buku hasil penulisan pakar perubatan, itu yang paling baik.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan