Label

PETANDA AWAL KEHAMILAN (SAKIT PUAN)

SAYA berumur 25 tahun dan baru saja mendirikan rumah tangga pada Mei 2013. Haid saya sangat tidak teratur sejak remaja.

Pada bulan yang sama sebelum majlis perkahwinan saya itu, saya didatangi haid namun sebelum ini, sejak Januari hingga April, saya langsung tidak didatangi haid.

Sekarang saya masih tidak datang haid dan sudah lewat dari tarikh sebelumnya. Saya pernah berjumpa doktor dan diberitahu, keadaan itu normal sekiranya berlaku sejak awal permulaan haid.

Saya juga mengalami bengkak pada payudara, sakit di ari-ari (seperti mencucuk-cucuk) dan gatal pada bahagian faraj. Sebelum ini saya tidak pernah mengalami bengkak pada payudara ketika haid.

Adakah keadaan ini normal selepas berkahwin? Adakah saya boleh hamil jika haid tidak teratur? Harap doktor dapat memberi pandangan.

Naz,
Kuala Lumpur

ADA kemungkinan anda hamil. Petanda awal kehamilan adalah ketiadaan haid, payudara tegang atau bengkak, puting payudara menjadi sensitif, sakit terhadap sentuhan dan kemudiannya ujian kencing kehamilan positif.

Eloklah anda menjalani ujian kehamilan terlebih dulu sebelum kita membincangkan lebih lanjut jika sebaliknya.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

1 ulasan:

  1. salam.

    saya juga ada masalah haid tidak teratur sejak berkahwin. sebelum kahwin haid saya teratur setiap bulan. saya berkahwin Disember 2012, Januari - Mac haid saya tidak teratur. April - Jun kembali teratur. tetapi bulan ini (Julai) haid saya lewat 11 hari,kemudian turun juga darah. yang membuat saya risau,hari pertama haid ada lendiran panjang bersama darah (seperti darah beku tapi bukan) di pad saya. ia agak kesat apabila disentuh. saya bimbang jika saya ada masalah dalaman yg membuatkan saya sukar hamil. patutkah saya berjumpa pakar?

    BalasPadam