Label

BUAH DADA TEMAN LELAKI BESAR (SAKIT TUAN)

Soalan

TEMAN lelaki saya mempunyai buah dada seakan-akan perempuan. Keadaan ini membuatkan dia rendah diri dan selalu mengelak untuk beriadah, selain jalan membongkok bagi melindungi buah dadanya.

Bagaimana untuk menghilangkan buah dada itu? Adakah perlukan pembedahan dan apakah kesan sampingannya?

SITI
Melaka

Jawapan

JARANG lelaki mempunyai buah dada besar, kecuali akibat keturunan atau baka, atau lelaki itu gemuk hingga menyebabkan banyak lemak menyelaputi tisu buah dada dan menjadikan buah dada kelihatan besar.

Masalahnya ialah jika dia cuba menguruskan badan, buah dadanya kekal dengan saiz sama dan tidak susut.

Pengambilan ubat tertentu seperti ubat gastrik ‘cimetedine’ untuk jangka masa panjang boleh mengakibatkan tumbesaran buah dada lelaki. Lelaki kaki botol (minum alkohol) dan mempunyai hati yang rosak juga boleh mengalami tumbesaran buah dada. Namun, semua ini jarang berlaku.

Sebilangan besar lelaki yang bina badan dengan mengangkat besi mendapati buah dada mereka membesar. Ini mungkin kerana mereka menggunakan hormon membina seperti ‘anabolic steroid’ atau ‘testosterone’.

Kedua-dua hormon ini boleh bertukar kepada hormon estrogen dalam badan dan merangsang perkembangan buah dada!

Selain itu, lelaki yang mengalami masalah hormon iaitu kurang hormon semula jadi testosterone seperti masalah hipogonadisme dan masalah kebakaan yang dikenali sebagai Sindrom ‘Kleinfelter’ yang mana baka seksnya XXY.

Apabila hormon itu diganti, otot badannya membina dan lemak menyusut dan lama-kelamaan buah dadanya kelihatan kecil.

Jarang pembesaran buah dada lelaki akibat kanser buah zakar. Kemungkinan terjadi kanser buah zakar ialah kurang satu kes dalam 100,000 dalam setahun.

Kadangkala, kanser itu kecil dan tidak memberi apa-apa perubahan, kecuali tumbesaran buah dada.

Jadi mustahak untuk mana-mana lelaki yang mengalami masalah buah dada besar atau ‘gynecomazia’ berjumpa doktor untuk pengesahan dan menjalani pemeriksaan sewajar.

Jika tiada jalan lain, cara yang berkesan ialah menjalani pembedahan mengecilkan buah dada. Kos pembedahan itu antara RM3,000 hingga RM6,000.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan